Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 17 Februari 2013

Jualan dengan Persahabatan



Berkesempatan melawat Singapura saya berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan Saudara Dennis Koh, pemandu pelancong yang berlesen dengan Badan Pelancongan Singapura yang telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk membawa rombongan yang disertai memberikan segala maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dan berkenaan dengan Singapura.

Apa yang ingin diceritakan di sini bukan berkaitan dengan pelancongan di Singapura ataupun berkenaan dengan Saudara Dennis Koh tersebut. tetapi apa ang ingin diceritakan di sini adalah berkenaan dengan kejayaan beliau berjaya dalam industri yang diceburinya. Menurut beliau kejayaan beliau sebagai pemandu pelancong di Singapura ini adalah kerana beliau cukup menjaga persahabatan dengan semua orang yang ditemui. Inilah rahsia beliau kenapa beliau boleh berjaya dalam melakukan jualan sebagai seorang pemandu pelancong.

Menurut beliau lagi, apa yang dimaksudkan dengan persahabatan yang dijalinkan selama ini adalah dengan cara

i.             Mana-mana syarikat pelancongan di Singapura ataupun di luar negara

ii.           Sesama rakan sekerja

iii.          Pelancong-pelancong yang bersama dengan dirinya walaupun dengan kanak-kanak sekalipun

iv.          Menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati jiwa raga

v.            Tidak sama sekali mengeluh tentang kerja yang dibuat dan anggap apa juga masalah yang datang dan timbul adalah dugaan semasa menjalan tugasan

vi.          Beretika dan jujur ketika melakukan tugasan

vii.        Banyakkan bercakap meminta tolong dan bantuan baik kepada sesiapapun

viii.       Lain ramai kawan lagi bagus kerana oportuniti yang datang peluangnya akan lebih terbuka dan mudah untuk diperoleh

ix.         Kena fokus kerana dia bertugas bukan makan gaji tetapi berdasarkan peluangnya dipanggil untuk membantu pelancong-pelancong berdasarkan kepercayaan satu-satu syarikat pelancongan-pelancongan yang ingin menggunakan perkhidmatan dirinya

Begitulah apa yang telah dimaklumkan dari seorang pemandu pelancong yang memberi khidmatnya di Pulau Singapura ini. Cukup ramah dan berbudi bahasa orangnya. Mudah mesra dan banyak sabarnya melayan kerenah orang. Semoga apa yang dimaklumkan ini boleh dijadikan iktibar yang baik kepada kita sebagai seorang yang melakukan jualan agar mempunyai perhubungan yang baik untuk dilakukan juga oleh kita kepada orang-orang yang kita temui sama ada bersetuju ataupun tidak menjadi pelanggan ataupun tidak.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam." (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan