Sabda Rasulullah SAW ‘Sesungguhnya Allah amat suka kepada seseorang
daripada kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia akan melakukannya
dengan penuh kesungguhan dan tekun’ (Hadis Riwayat Baihaqi). Sememangnya kita
dituntut untuk melakukan sesuatu tugasan dengan penuh fokus, bersungguh-sungguh
dan fahami dengan apa yang dilakukan. Begitulah juga apabila melakukan jualan,
kena lakukan dengan bersungguh tanpa adanya perasaan syak dan ragu serta
menghindari dari sikap malas. Walaupun terdapat banyak rintangan, halangan dan ujian
yang perlu ditempuh namun jadikanlah ia sebagai asam garam dalam melakukan
jualan dengan sebaik yang mungkin.
Dalam memastikan tindakan jualan yang dilakukan dengan sebaik yang mungkin.
Konsep ‘Henti-Terus-Mulakan’ perlu ada dan disemai apabila untuk memastikan
kejayaan ingin dicapai. Bukan satu perkara yang mudah apabila kita mahu
berinteraksi dengan prospek/pelanggan tapi ia nya sama sekali tidak mustahil
untuk dilakukan. Kena berusaha dan lakukan dengan sebaik yang mungkin agar
kekecewaan tidak mudah sama sekali berlaku dan terjadi kepada kita. Antara yang
perlu dilakukan adalah
i.
Henti
Jangan sama sekali
melakukan perkara-perkara kita nampak dan rasakan tidak memberikan apa-apa hasil
dan kejayaan. Mana yang silap dan salah tinggalkan sahaja agar kita tidak lagi
merasa gagal dengan apa yang kita lakukan. Berhenti segera agar kita tidak sama
sekali melakukan kesalahan dan kesilapan sama sekali apabila melakukan jualan.
Kerana itu kena amat dituntut melakukan muhasabah sentiasa kerana kita akan
sentiasa sedar dan tahu apa yang berkesan atau tidak dalam melakukan jualan.
Bila ada yang kita tiru gaya dan skil dari seseorang yang telah berjaya
melakukannya kena pastikan kaedah tersebut dilakukan dengan menyesuaikan cara
dan gaya kita pula. Jangan tiru bulat-bulat dan terus menerus. Pastikan selepas
ini tiada kesalahan dan kesilapan yang membawa kita ke arah kegagalan yang
perlu kita lakukan lagi dan lagi.
ii.
Terus
Dah tahu berjaya
dilakukan teruskan sahaja usaha kita ini dalam melakukan jualan yang telah kita
temui rentak kejayaannya. Jangan fikir banyak teruskan sahaja kerana ia nya
telah mendatangkan hasil yang baik untuk kita dalam melakukan jualan.
Pengalaman adalah guru yang terbaik bagi memastikan apa tindakan terbaik perlu
dilakukan yang menjadikan pengalaman tersebut sebagai guru terbaik buat diri
kita. Pengalaman yang ditempuh telah banyak mengajar diri kita dalam melakukan
jualan di mana dengan mata kasar kita sendiri telah menyedari bahawa ada
tindakan yang betul dan tepat yang sama sekali boleh membawa kepada kejayaan
yang diingini. Tidak gunanya kita dikatakan pandai menjual andai kata penutupan
jualan pun masih gagal untuk diperoleh.
iii.
Mulakan
Jangan tangguh dan
dilengah-lengahkan lagi usaha yang berjaya. Perbaiki mana-mana kelemahan agar
terus-terusan kita dalam rentak kejayaan. Tiada siapa yang mahukan kegagalan
kerana setiap kali kita gagal setiap kali itulah kekecewaan pasti menjelma.
Setiap hari mulakan dengan cara, kaedah dan gaya seorang juara agar keyakinan
yang ada tidak siapa boleh mengganggu gugat rentak kemenangan kita melakukan
jualan. Yakin dengan apa yang kita lakukan sudah pasti keyakinan tersebut akan
dibalas dengan sumber pendapatan yang kita cari dan mahukan selama ini.
Perkara yang mudah dan senang untuk dilakukan asalkan kita tahu apa yang kita
lakukan sememangnya menghasilkan satu keputusan yang berjaya dan yang dimahukan
selam ini. Firman Allah “Apabila telah
ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan
Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (Surah al-Jumu’ah
Ayat 10). Jangan di tangguh lagi usahalah sebaik mungkin mencari
oportuniti-oportuniti dan peluang-peluang yang ada antara kita sedar ataupun
tidak yang mungkin berada di hadapan mata kita. Mana yang gagal jangan kita
ulangi lagi, mana yang berjaya kita teruskan sahaja di samping pencarian ilmu
jangan diabaikan sama sekali. Kejayaan datang bukan dengan sekelip mata sahaja
tapi perlu dilakukan dengan konsisten dan bersungguh setiap masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan