Sememangnya tidak dinafikan tempat pertemuan penjual dan pembeli adalah di
pasar-pasar. Pasar-pasar di sini bukan sahaja dimaksudkan dengan pasar-pasar
yang menjual barangan basah seperti di pasar-pasar awam atau borong tetapi juga
boleh diguna pakai seperti mana di kedai-kedai, supermarket ataupun hypermarket-hypermarket
yang ada.
Semuanya
telah Islam tentukan buat kita apabila melakukan jualan atau belian. Ada
adab-adabnya yang perlu kita ikutkan dan lakukan. Betapa indahnya Islam telah
tentukan kepada kita. Ikut sahaja pasti banyak ganjarannya yang Allah akan
berikan kepada kita. Rasulullah SAW
bersabda “Tempat dalam suatu negeri yang paling disukai oleh Allah adalah
masjidnya, sementara yang paling Dia benci adalah pasarnya.” (Hadis Riwayat
Muslim). Nyata hadis di atas diperuntukkan bagi pasar yang terdapat banyak
kemungkaran yang terjadi di dalamnya. Pasti ada pada zaman sekarang terdapat
penjual-penjual yang mengurangi timbangan, yang sering berkata dusta dengan
memuji-muji barang jualannya dan tidak mahu memberitahukan kekurangannya, tidak
mempedulikan waktu sembahyang, zakat diabaikan apatah lagi mahu bersedekah
sampai dengan pembeli ada yang membayar dengan duit palsu, tidak menjaga akhlak
dan adab mereka.
Berikut adalah adab-adab yang perlu dilakukan yang iaitu
i.
Berdoa ‘LAA ILAAHA
ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU. LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU YUHYII WA
YUMIITU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAIIN QODIIR’ bermaksud
"Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi NYA. Bagi NYA segala kerajaan,dan bagi NYA segala pujian. Dan Dia berkuasa atas segala sesuatu." Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa membacanya, Allah akan memberinya ribuan kebaikan dan menghapuskan darinya ribuan keburukan dan mengangkatnya ribuan darjat” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
"Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi NYA. Bagi NYA segala kerajaan,dan bagi NYA segala pujian. Dan Dia berkuasa atas segala sesuatu." Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa membacanya, Allah akan memberinya ribuan kebaikan dan menghapuskan darinya ribuan keburukan dan mengangkatnya ribuan darjat” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
ii.
Tidak meninggikan suara dengan pelbagai pertengkaran dan
perdebatan. Ini adalah kerana keperibadian Rasulullah SAW yang tidak gemar
menjadi seorang yang suka berteriak-teriak, membuat bising dan menjerit-jerit
tidak tentu hala.
iii.
Kebersihan perlu dijaga. Memastikan tidak dicemari dengan
kotoran dan sampah yang ada sehingga mungkin wujud bau yang sangat busuk berada
di tempat jualan.
iv.
Persetujuan menjual dan membeli kena dilakukan iaitu
persetujuan harga barangan secara bersama. Firman Allah “Wahai orang-orang yang
beriman, penuhilah akad-akad itu” (Surah Al-Maidah Ayat 1).
v.
Beramah mesra, berhemah dan bersopan dalam melakukan
jualan. Sabda Rasulullah “Allah akan belas kasih kepada seorang hamba yang
ramah apabila menjual, ramah apabila membeli dan ramah apabila memberikan
keputusan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
vi.
Jangan sama sekali menipu. Kena ada kejujurannya dan
tidak menyembunyikan apa-apa kecacatan pada produk yang dijual. Rasulullah SAW
bersabda “Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, maka tidak halal
bagi seorang Muslim membeli dari saudaranya suatu pembelian yang ada cacatnya
kecuali telah dijelaskannya terlebih dahulu." (Hadis Riwayat Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani).
Telah diriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW pernah menjumpai setumpuk barangan kurma yang di jual di
pasar, dan baginda memasukkan tangannya ke dalam tumpukan kurma tersebut, maka
jari-jemarinya basah. Maka beliau bersabda, "Apakah ini, wahai si pemilik
makanan?" Pemilik makanan menjawab, "Terkena hujan, wahai
Rasulullah" Maka Nabi bersabda, "Kenapa bahagian yang basah tidak
kamu letakkan di paling atas agar dapat dilihat oleh pembeli? Barang siapa yang
menipu terhadap jualannya, maka pasti ia bukan dari golongan kami" (Hadis
Riwayat Muslim).
vii.
Elakkan dari memberi sumpah ketika hendak melariskan
jualan produk yang ingin ditawarkan. Terlalu banyak keburukan dari memberikan
kelebihan yang ada pada apabila bersumpah diberikan. Sabda Rasulullah “Hindarilah
banyak bersumpah di dalam berjual-beli, karena sumpah itu dapat menghabiskan
(barang) kemudian membatalkan barakahnya." (Hadis Riwayat Muslim).
viii. Memastikan segala
timbangan yang dilakukan adalah betul dan benar dengan apa yang telah
dipersetujui. Tidak sama sekali mengambil kesempatan dan berlaku curang dengan
apa yang telah diperkatakan. Firman Allah bermaksud “Kecelakaan besar bagi
orang-orang Yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka Yang
apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya
Dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk
orang lain, mereka kurangi” (Surah Al-Muthaffifin Ayat 1-3)
ix.
Jauhi riba. Elakkan perkara yang mengharamkan. Sabda
Rasulullah "Allah mengutuk (melaknat) pemakan riba, pemberinya, saksi, dan
penulisnya." (Hadis Riwayat Ahmad, dan disahihkan oleh Al-Albani). Dan Rasulullah
juga bersabda, "Tidak akan menimbuni barang kecuali orang yang
salah." (Hadis Riwayat Muslim).
x.
Memastikan tiada barangan haram yang sepatutnya di jual
beli.
xi.
Jangan ada-adakan promosi-promosi bagi tujuan menarik
perhatian pembeli dan orang ramai untuk mendorong mereka membeli dengan
pemalsuan yang disengajakan
xii.
Jangan menjual barangan yang tidak sah atau barangan yang
dicuri dari hak orang lain. Firman Allah bermaksud “Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang
batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara
kamu." (Surah An-Nisa Ayat 29)
xiii. Apabila adanya
pertemuan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, berhati-hatilah dan jangan
sama sekali sampai melanggar batas-batas yang dibenarkan. Firman Allah
bermaksud “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka berbuat. Dan
katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya." (Surah An-Nur Ayat 30-31).
xiv.
Menjaga syiar-syiar Agama sehingga tiada pelanggaran dan
kelalaian hanya kerana melakukan jual beli sehingga sibuk untuk melakukan
jualan sahaja ataupun sibuk untuk membeli belah sahaja. Firman Allah bermaksud
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari
(kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan” (Surah An-Nur Ayat 37)
xv.
Jangan berlama lama dalam pasar. Elakkan ia seboleh yang
termampu.
Inilah adab-adab yang perlu kita ketahui dengan sebaik yang mungkin baik
untuk menjual atau membeli. Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi menjadi satu
iktibar dan pengajaran buat diri kita. Tiada apa yang lebih menguntungkan
melainkan mendapatkan keredaan daripada Allah SWT sendiri agar kehidupan kita
diberkati oleh Allah sentiasa. Hanya Allahlah tempat kita bergantung dan hanya
pada Allah lah tempat kita bergantung sesungguh-sungguhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan