Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 6 Februari 2013

KEPASTIAN TAWARAN DI TERIMA



Saat paling menggembirakan adalah ketika mendapat penutupan jualan apabila kita melakukan jualan. Terasa seronok sehingga sukar untuk diungkap dan diceritakan. Seolah-olah matlamat telah tercapai walaupun pada ketika itu sebenarnya adalah pelanggan pertama kita pada hari tersebut. Apabila penutupan jualan boleh diperoleh dari seseorang yang kita temui sekurang-kurangnya semangat untuk bertindak lagi dan lagi akan naik dengan sendirinya. Pasti ia nya menjadi satu dorongan dan kekuatan semangat untuk bertindak dengan lebih hebat lagi.

Sebelum prospek/pelanggan yang ditemui satu langkah yang perlu kita kena pastikan apabila melakukan jualan sebaik-baiknya kita boleh dan mampu untuk mendapatkan kepastian daripada mereka terlebih dahulu. Bila kepastian tersebut semakin dijelmakan maka semakin mudah lagi untuk kita bertindak memberikan penerangan dan memujuk sebaik yang mungkin. Kerana itu kita kena bersabar, tenang dan tabah sentiasa. Bagi mengetahui bagaimana mendapatkan kepastian tersebut adalah dengan mendapatkan kaedah-kaedah seperti berikut

i.             Dari pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan
Satu ‘CLUE’ yang penting untuk kita ketahui. Biarpun kadang-kadang menyakitkan hati kita tapi kena perbanyakan sabar. Mungkin akan jadi berulang-ulang kali jadinya tapi ketenangan kita amat diperlukan. Mereka mahukan kepastian bagi mendapatkan kepercayaan terhadap apa yang telah kita persembahkan dan terangkan kepada mereka. Tidak pasti sudah semestinya kepercayaan amat sukar untuk didapati. Biarlah soalan-soalan yang dikemukakan berulang dengan jawapan yang hampir sama semuanya namun yang penting ini adalah satu tanda yang mereka sudah berminat untuk menerima tawaran yang dikemukakan oleh kita.

ii.           Memohon penjelasan lagi dan lagi
Tujuan kita adalah untuk membantu dan menolong prospek/pelanggan selesaikan masalah mereka menerusi produk yang ditawarkan. Kerana itu apabila kita dituntut untuk memberikan penerangan demi penerangan walaupun sama jangan sama sekali mudah merasa bosan atau dipermainkan. Mendapatkan keyakinan mereka adalah melalui kefahaman dan kepastian daripada mereka. Lebih baik kita penat sedikit memberikan penerangan yang panjang berjela dari mereka mengatakan yang bukan-bukan di belakang kita pula pada kemudian hari. Bila telah difahami dan dipastikan pasti sedikit sebanyak memberikan kepercayaan kepada mereka untuk pada akhirnya bersetuju dengan tawaran yang ditawarkan kepada mereka.

iii.          Tumpuan konsentrasi
Kesungguhan mereka mendengar dan memberikan maklum balas apa yang kita persoalkan kepada mereka bermakna semakin hampir untuk mendapatkan penutupan jualan. Teruskan usaha tanpa henti. Jangan sama sekali hilangkan tumpuan mereka hanya kerana kebodohan dan kelalaian diri kita kerana tidak menyedari yang mereka telah berminat dengan tawaran produk yang dikemukakan. Teruskan sahaja usaha yang ada agar mereka tahu yang kita benar-benar melakukannya hanya untuk mereka yang berada di hadapan diri kita.

iv.          Minta pendapat dari kenalan
Kerana dah mula mendatangkan minat kepada produk yang ditawarkan tanpa rasa segan silu sudah pasti mereka akan menghubungi kenalan mereka di hadapan kita bertanyakan tentang pendapat dan pengalaman yang telah memberi lalui. Kerana itu apabila melakukan jualan kena buat betul-betul dan bersungguh kerana pengaruh hebahan mulut sungguh besar sekali impaknya. Elakkan menipu dan berbohong ketika kita bertemu dengan siapa pun tatkala kita menjual keran impak kepada diri kita semula dalam melakukan jualan amat memberi kesan yang besar sama sekali. Asalkan prospek/pelanggan menelefon siapa pun juga asalkan sepanjang kita melakukan jualan dilakukan dengan betul dan jujur sudah pasti tiada apa yang perlu kita risaukan sama sekali.

Apa yang penting adalah kepuasan mereka untuk menggunakan produk yang ditawarkan. Tiada siapa pun yang sanggup dijual dan ditipu dengan begitu mudah sama sekali. Biarlah kepuasan diri menjadi segala-galanya untuk menentukan sama ada yang dipilih ini disukai ataupun tidak. Jangan mudah berputus asa dan rasa kecewa yang melampau-lampau apabila kita merasakan agar sukar mendapatkan penutupan jualan. Sebenarnya banyak tanda-tanda yang boleh kita peroleh terlebih dahulu sebelum penutupan jualan boleh di terima. Yang pentingnya kita dah mula sedar dan faham akan tanda-tanda awal prospek/pelanggan memberikan kepastian kepada kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan