Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 15 Februari 2013

Hari Valentine



Sememangnya peniaga-peniaga menunggukan kedatangan 14hb Februari ini setiap tahun. Maklumlah sudah pasti ramai pasangan-pasangan kekasih yang tidak mahu melepaskan saat penting ini bagi memastikan betapa ini saat dan ketikanya menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi sesama mereka. Di samping mengatur dan meluahkan perasaan kasih sayang dengan sepenuh jiwa dan raga tidak terkecuali juga bagi mereka untuk menyediakan cenderahati-cenderahati bagi menguatkan lagi perasaan jiwa kasih sayang mereka.

Maka di sinilah tempatnya untuk penjual-penjual mengambil kesempatan di atas kedatangan hari kekasih ini. Maka bertaburan mereka-mereka menjualnya pelbagai cara dan gaya untuk memikat pasangan-pasangan kekasih ini untuk memiliki

i.             Jualan secara promosi pelbagai minyak wangi, coklat atau bahan-bahan cenderamata dan sebagainya yang membolehkan dijadikan sebagai satu bahan kenang-kenangan dan tanda cinta seseorang

ii.           Kedai-kedai bunga menjual pelbagai jenis bunga sebagai satu hantaran percintaan kepada pasangannya

iii.          Hotel-hotel yang menyediakan pakej Hari Kekasih yang menyediakan Pakej Promosi 2 Hari 1 Malam yang menyediakan kemudahan makan malam bersama tanpa ada gangguan, bermalam dan seterusnya bersarapan di bilik tidur

iv.          Kad-kad ucapan yang agak kreatif yang boleh dijual dengan harga 3 atau 4 kali ganda harganya jika dibandingkan pada hari kebiasaannya

v.            Pakej pelancongan yang bersesuaian dengan pasangan tersebut untuk mendapatkan lagi privasi antara mereka

vi.          Tempahan tempat-tempat yang ekslusif bagi makan bersama berdua-duaan di premis kedai-kedai makan mengikut pakej yang ditawarkan.

Semuanya mengharapkan agar segala promosi mendapat sambutan. Hanya satu yang perlu diperingatkan bahawa menyambut Hari Kekasih ini mengikut Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman bagi sesiapa yang menyambut Hari Valentine boleh membawa kepada syirik dan Agama Islam amat melarang umatnya meraikan hari yang sebegini. Kalau dalam Agama telah melarang bagaimana dengan hasil keuntungan yang kita peroleh? 

Inilah satu perbuatan yang sia-sia dalam kita melakukan jualan. Untung di dunia tapi keberkatannya langsung tiada dan di akhirat ini kita boleh dianggap sebagai subahat pula kepada mereka-mereka yang meraikan perayaan ini. Jangan terlalu ghairah hendakkan keuntungan tapi malangnya kita abaikan pula apa yang Agama kita tuntut untuk kita lakukan. Berfikir sejenak muhasabah diri memadai kah kita memperoleh keuntungan dari hasil yang tidak dibenarkan sama sekali oleh Agama kita. Tepuk dada tanya otak kita bagaimana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan