Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 21 Februari 2013

Mudahnya dengan Jualan Bersilang




Menurut Colleen Francis, seorang motivator jualan yang terkemuka di Canada mengatakan bahawa ‘Jualan bersilang adalah satu peluang, akan menghasilkan lebih cepat jualan, menjana keuntungan yang lebih tinggi dan kecairan yang lebih baik di mana sebahagian besarnya kerana pelanggan sedia ada tahu kita, mempercayai kita dan telah dipaparkan pertalian yang jelas bagi produk dan perkhidmatan organisasi yang kita wakili. Akibatnya, kita biasanya memerlukan kerja yang kurang untuk meyakinkan mereka untuk membeli lebih banyak produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan’.

Begitulah hebatnya kalau pelanggan telah mula mengenali jenama produk yang telah dipergunakan atau nama organisasi atau syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Hanya dari hasil kepercayaan menggunakan produk tersebut maka jualan bersilang boleh dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Jangan sama sekali di perlecehkan atau tidak mempercayainya sama sekali. 

Kena pandai ambil kesempatan dan kena ambil tahu apa lagi produk yang boleh ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Banyak faedah dan kebaikannya kalau kita mampu melakukan jualan bersilang kepada seseorang yang telah menjadi pelanggan kita. Antaranya adalah

i.             Menjimatkan lagi masa kita melakukan jualan

ii.           Kekuatan jenama telah memberikan dan membina keyakinan kepada pelanggan

iii.          Mereka telah yakin dan percaya terhadap diri kita

iv.          Lebih mudah untuk melakukan jualan kepada pelanggan sedia ada

v.            Keyakinan dalam melakukan jualan lebih terserlah dan memudahkan lagi

vi.          Cara mudah menambahkan lagi pendapatan dan ganjaran
 
vii.        Mengeratkan lagi silaturahim dengan pelanggan yang sedia ada

Kerana itu kita di saran melakukan jualan bersilang. Tanpa ditunggu sehingga pelanggan bertanya, sehingga pelanggan bertukar kepada produk lain atau menanti kita dipaksa untuk menjual, kita semua kena lakukan segera. Jangan ditangguhkan atau menunggu masa yang bersesuaian. Dapat seorang sahaja pelanggan kita terus-menerus lakukan jualan bersilang secepat mungkin. Kalau nak rezeki lebih bermakna kena usaha lebih tapi jalan yang mudah untuk tambahkan lagi perolehan semaksimum yang termampu. Tak buka mulut mana nak tahu berjaya ataupun tidak. Kerana itu kita kena berusaha terus dan terus lagi untuk berusaha tanpa mengenal putus asa dan kecewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan