Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 4 Februari 2013

APABILA DI ADILI



Sememangnya kita yang melakukan jualan mudah diadili dengan seadil-adilnya. Tidak perlu ada peguam, tidak perlu menghadiri mahkamah dan sebagainya. Semuanya perlu diadili hanya dengan prestasi yang telah kita tunjukkan dan berikan apa yang telah kita lakukan setiap kali berakhirnya sesuatu hari, berakhirnya bulan mahupun tahun. Semuanya perlu diadili dan di ketahui sehingga mana tahap prestasi kita pada sebenar dan hakikatnya. Semuanya perlu diukur dan diberi kesedaran tentang pentingnya prestasi dalam melakukan jualan.

Kerana itu kita perlu ada sasaran dalam melakukan jualan. Berapa banyak yang perlu dilakukan jualan perlu ditetapkan sebagai satu kayu ukuran dalam kita melakukan jualan. Kalau tiada sasaran bagaimana kita hendak tahu apa yang telah kita capai dan lakukan selama ini. Kerana itu prestasi diri adalah penting untuk diadili dan diketahui sebagai satu hasil usaha yang boleh dan telah dicapai dari segala usaha yang telah dikerjakan. Ini merupakan puncak dari pengembangan potensi diri karena hasil dari mendalami ilmu, cara bekerja, skil menjual ataupun berlatih menampilkan keterampilan dalam bidang jualan. Berprestasi juga dapat dilakukan pada berbagai aspek tingkatan jualan bagi menambahkan lagi kemahiran.

Tapi kalau tiada kesungguhan dan kemahuan yang tinggi bagaimana hendak mendapatkan prestasi yang dikehendaki. Kena serius dalam melakukan jualan bagi menghasilkan keputusan akhir seperti mana yang dikehendaki. Bukan untuk bermain-main atau ikut sesuka hati untuk melakukannya. Kerana itu kita perlu diadili dengan sewajarnya bagaimana prestasi sebenar kita. Sampai manakah tahap prestasi kita melakukan jualan, adakah apa yang kita lakukan selama ini telah dicapai ataupun tidak. Berjaya atau gagal semuanya boleh terjawab sama sekali.

Sama ada kita sendiri yang mengadilinya ataupun orang lain yang mengadilinya semuanya bertujuan bagi memastikan kita mencapai apa yang diperlukan dan dimahukan semasa melakukan jualan. Jangan sampai sudah dijatuhkan hukuman baru hendak terhegeh-hegeh mencapai prestasi yang sepatutnya, lakukan dengan segera dan secepat yang mungkin bagi mencapai prestasi yang dikehendaki dengan cepat dan segera agar sasaran yang diberi boleh dicapai pada akhirnya. Jangan di tangguh dan melengah-lengahkan lagi tindakan. Seperti biasa kalau kemahuan hendak melakukan jualan lakukan dengan kesungguhan dan kemahuan yang kuat agar segala sasaran dan tugasan dalam melakukan jualan boleh dijelmakan dengan sebaik yang mungkin dengan sejarah sering tercipta dan terhasil seperti mana yang diharapkan dan diidamkan selama ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan