Terlalu
banyak perlu dilakukan dalam jualan asalkan kita berkehendak dan memahukan ia
nya berlaku sudah pasti tidak menjadi satu halangan buat diri kita yang
menceburi bidang jualan ini. Semakin banyak yang perlu dilakukan semakin
bersemangat untuk kita selesaikan asalkan matlamat mencapai sasaran dan memperoleh
pendapatan yang banyak boleh diperoleh dengan sebanyak yang termampu. Kena
faham dan ketahui sebaik yang mungkin agar tiada kekeliruan dan kebingungan
apabila melakukannya.
Bukan
senang nak jadi orang yang hebat tapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Teruskan
usaha pergunakan kudrat yang ada yang agar apa juga musibah, rintangan dan
masalah yang timbul yang semestinya boleh kita atasi dengan sebaik yang
mungkin. Langkah demi langkah perlu kita lalui dan diikuti dengan penuh
kesabaran, ketenangan dan ketabahan yang tinggi. Lakukan dengan sebaik yang
mungkin iaitu
i.
Fahami proses jualan
Bermula dari pencarian
leads untuk ditukarkan kepada prospek dan seterusnya pelanggan melalui
penutupan jualan yang berjaya kita peroleh. Pencarian melalui saringan yang
betul akan membuahkan hasil yang kita kehendaki. Bukan senang nak senang dan
bukan susah nak jadi susah. Itulah tugasan yang perlu kita lakukan. Jangan mudah
berputus asa dan merasa kesal dengan apa yang telah kita lakukan selama ini.
ii.
Ketahui apa yang pembeli mahukan
Bantu dan tolong
selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. Ketahui apa yang mereka
perlukan dengan per banyakkan bertanya dari per banyakkan memberikan penerangan
produk. Sesuaikan produk yang ditawarkan bersesuaian dengan apa yang mereka
mahukan. Bersungguh dalam membantu dan menolong agar apa yang kita lakukan
bukan sahaja prospek/pelanggan suka dengan apa yang kita tawarkan tetapi ganjaran
dunia dan akhirat boleh kita dapat sekali gus.
iii.
Berusaha dan berserah diri
Berusaha dengan
bersungguh-sungguh tanpa perlu merungut, bersungut dan mudah putus asa. Sentiasa
menyerahkan diri pada Allah dengan sepenuh hati dan bukannya pada manusia.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Memberi. Asalkan kita tidak putus asa dan kecewa
dan mohon pada Allah agar setiap tindakan dan perbuatan kita dipermudahkan dan
jangan sama sekali disukarkan ia.
iv.
Fahami berapa banyak yang perlu dicapai
Sasaran yang ada kena
tahu berapa banyak yang perlu dicapai. Sentiasa ingat tujuan dan sasaran yang
perlu kita capai agar apa yang kita lakukan selari dengan kehendak sasaran yang
telah ditetapkan. Kalau tak cukup cuba sedaya upaya untuk mencapainya manakala
kalau dah dicapai syukur alhamdulillah dan teruskan lagi pencapaian yang tertinggi
pula. Yang penting jangan di tangguh dan jangan dilambat-lambatkan lagi tugasan
diri kita.
v.
Sentiasa bersemangat
Jangan mudah berputus asa di
tengah jalan. Tidak ke mana jadinya itu. Teruskan sahaja usaha dengan semangat
yang kental dan tinggi. Lupakan segala masalah yang ada dan mendatang tapi beri
tumpuan dan fokus yang sewajarnya. Semakin jauh kita berlari semakin hebat
prestasi kita sepatutnya. Kerana itu kena pupuk diri kita sentiasa bersikap
positif dan elakkan sama sekali dari bersikap negatif bagi tujuan memastikan
diri kita sentiasa bersemangat untuk melakukan jualan menghasilkan keputusan
yang amat membanggakan.
Teruskan
sahaja usaha yang ada agar langkah demi langkah agar tidak tersasar dari
landasan melakukan jualan. Pupuklah minat yang mendalam agar kita sentiasa
tabah, tenang dan sabar menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Jangan
sama sekali mengeluh dan anggaplah semua yang berlaku dan terjadi adalah ujian
dari Allah SWT. Kejayaan bukan datang bergolek tanpa datangnya usaha dan
berdikarinya kita dalam melakukan jualan. Cabaran sememangnya banyak tapi
semuanya itu boleh kita atasi dengan sebaik yang mungkin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan