Pentingnya
mengetahui dan mendalami ilmu. Menjadikan kerjaya jualan sememangnya memerlukan
ilmu demi ilmu setiap masa bagi mempersiapkan diri dalam melakukan jualan. Ilmu
boleh didapati banyak cara dan jalannya. Baik dari pengalaman yang dilalui
semasa berhadapan dengan prospek/pelanggan, mengutip dari pengalaman dari
orang-orang yang berjaya melakukannya,pembacaan buku-buku,majalah dan artikel
yang berkaitan dan menghadiri sendiri majlis-majlis ilmu seperti berkursus, berseminar
ataupun taklimat jualan. Semuanya ilmu yang perlu dicari dan perlu didapati
dengan kesungguhan dan bukannya kerana dipaksa-paksa atau tanpa kerelaan. Rasulullah
bersabda: “Barang siapa berjalan dalam rangka menuntut ilmu maka akan
dimudahkan jalannya menuju syurga.” (HR. Muslim). Begitulah besarnya ganjarannya
yang Allah telah janjikan kepada kita kalau kita ada kesungguhannya untuk
mendapatkan ilmu sebanyak yang mungkin.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ada memberi nasihat "Kamu
menghadiri majlis ilmu hanya untuk mencari jalan keluar bagi permasalahan
duniawi kamu, bukan untuk mengubati dan merawat penyakit hati. Kamu tidak
mendengarkan segala nasihat para penceramah, tetapi hanya pandai meneliti kesalahan mereka,
kemudian menghina dan mentertawakannya, kamu juga bermain-main dalam majlis
ilmu tersebut. Sesungguhnya kamu sedang mempertaruhkan diri kamu kepada Allah
yang Maha Agung dan Maha Mulia. Segeralah bertaubat, jangan mencontoh
musuh-musuh Allah. Berusahalah untuk mengambil manfaat dari apa yang kamu
dengar."
Ingatilah nasihat ini agar kita tidak sama sekali apabila
kita menghadiri majlis tidak sama sekali kita melakukan perkara seperti berikut
i.
Perlekehkan, perlecehkan dan memandang rendah penceramah yang menyampaikan ilmu
ii.
Tidak serius dengan penyampaian ilmu yang dihadiri
iii.
Mencari salah dan kelemahan si penyampai seolah-olah diri
kita ini sudah pandai dan cerdik orangnya
iv.
Tidak menghargai akan apa yang ilmu kita peroleh
v.
Mempersendakan dan tidak menghargai ilmu yang kita
peroleh
vi.
Menganggap paksaan dan bukan rela hati apabila menghadiri
majlis ilmu
Bersyukur
dengan apa yang ada. Mungkin ilmu tersebut telah kita ketahui dalam majlis
tersebut tetapi dengan rela hati dan terbuka hati kita menerimanya lagi sebagai
satu penambahan dan pengekalan ingatan kita pada ilmu yang kita dapati lagi
dari sudut pandangan seseorang yang lain pula. Ada hikmah nya. Buang rasa ego
dan tinggi diri semasa menghadiri sebarang majlis ilmu yang disertai.
Kadang-kadang kita terlupa sesuatu perkara tapi akan diingatkan semula melalui
majlis ilmu tersebut. Elakkan ia sama sekali diri kita begitu mudah menjadi
takbur dan merasa tinggi diri hanya kerana kita merasakan mendapat ilmu yang
sama kononnya pada tanggapan diri kita.
Kena sentiasa
ingat dalam hati, agar apabila berada di mana sekalipun dalam majlis ilmu
sentiasalah merendah diri dan merasa sentiasa tidak cukup ilmu yang ada pada
diri kita. Ilmu anugerah Allah maha luas kerana ilmu yang ada pada kita
diumpamakan seperti setitik air dari air laut yang sedia ada. Maka bersyukurlah
sentiasa agar setiap ilmu yang kita peroleh ada keberkatannya untuk kita gunakan
pada diri kita sendiri dan seterusnya kita sampaikan dan berkongsi sama dengan
orang lain yang memerlukannya pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan