Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 14 Februari 2013

ANCAMAN DALAM JUALAN




Tiada siapa pun yang mahu untuk disukarkan atau dipayahkan dalam ketika melakukan jualan. Kalau boleh semuanya nak senang sahaja kita lakukan apabila kita melakukan jualan. Tapi kena ingat langit tidak semestinya sentiasa cerah sepanjang hari, kadang-kadang ada juga mendungnya. Inilah yang perlu kita hadapi. Jangan main mudah sahaja. Setiap halangan dan cabaran yang mendatang perlu kita lalui dan menganggap apa juga ancaman yang dilalui adalah satu detik dan ketikanya untuk kita hadapi.

Ancaman merupakan satu gangguan dalam kita melakukan jualan tapi ia nya tidak mustahil bagi kita menghadapinya dengan baik sama sekali. Jangan main mudah merasakan apa yang kita lakukan adalah cukup sukar dan memayahkan kita semula dalam melakukan jualan. Hadapi dengan tenang, sabar dan tabah. Mungkin ancaman-ancaman berikut perlu kita atasi dengan baiknya iaitu

i.             Persaingan
Mungkin satu ancaman yang tidak kita sedari yang mana datangnya dari rakan sesama kita ataupun dari pesaing. Kedua-duanya jangan sama sekali kita anggapkan sebagai musuh dan berlawan pula dengan mereka. Hadapi dengan baik kerana kita perlu menganggap diri mereka sebagai teman dan sahabat dalam satu tugasan yang sama mencari sesuap nasi. Selagi kita berdendam dan merasakan mereka semua musuh kita selagi itu kita pasti tidak dapat melakukan jualan. Berfikiran positif agar tindakan kita tidak melawan arus tapi bersama-sama berusaha melakukan yang terbaik di hadapan prospek/pelanggan. Hanya mereka yang terbaik sahaja yang mampu untuk memenangi kepercayaan prospek/pelanggan yang ditemui untuk melakukan penawaran produk.

ii.           Hebahan mulut yang negatif
Di pasaran telah berbunyi mengatakan produk dan perkhidmatan kita telah teruk di mata mereka. Mungkin kerana produk dan mungkin juga kerana tahap perkhidmatan yang ditawarkan tidak menepati apa yang mereka inginkan. Mereka rasa tertipu dan dipermainkan mungkin juga bukan dari kita. Inilah satu tugasan yang mahu tidak mahu terpaksa kita tempuhi dengan rela hati. Memaklumkan secara berhemah dan bersopan walaupun terpaksa dimarahi oleh mereka. Kecekalan dan ketabahan dalam menghadapi situasi begini sememangnya satu ancaman yang boleh kita hadapi dan perbaiki sebaik yang mungkin. Jangan mudah melatah, merasa kecewa dan geram tapi ambillah satu iktibar dan pengajaran agar ia nya sama sekali tidak berlaku lagi di masa hadapan.

iii.          Dari dalam diri kita
Sikap malas, mementingkan diri sendiri, bercakap besar, mengeluh, suka memberi alasan dan segala macam yang negatif yang ada dalam diri kita perlu diperbetulkan. Nak harap betul dengan sendiri sememangnya amat sukar sama sekali. Kena ada disiplin dan kesungguhan untuk membuang jauh-jauh segala yang negatif dalam diri kita. Kita yang hendak melakukan jualan adalah disarankan agar kita lebih berhemah dan bersopan apabila bertemu dengan prospek/pelanggan. Jangan anggap mudah kerana ini melibatkan integriti dan komitmen kita kepada prospek/pelanggan dan juga majikan kita. Kena buktikan yang kita adalah relevan dengan mereka. Salah satu caranya paling mudah untuk kita hilangkan sikap-sikap dan sifat-sifat yang negatif ini adalah dengan melalui pembacaan Al-Quran setiap hari secara konsisten. Terlalu banyak hikmatnya yang mungkin kita tidak dapat menjawabnya sama sekali akan kehebatan Kalam Allah ini. Amalkanlah ia dengan sebaik yang mungkin agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan sentiasa meminta bantuan dari Nya.

iv.          Pentingkan keuntungan
Tujuan utama melakukan jualan adalah membantu dan menolong prospek/pelanggan seramai yang mungkin untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi menerusi produk yang ditawarkan. Kerana itu kita jangan terlalu fikirkan keuntungan terlebih dahulu tapi fikirkan berapa banyak yang telah kita hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Selagi kita fikirkan keuntungan mendapatkan komisen, ganjaran dan pendapatan buat kita selagi itulah ia nya merupakan ancaman bagi kita apabila melakukan jualan. Kena ubah pendirian kita kalau kita fikirkan begini agar kita tidak sama sekali merasa kekok apabila melakukan jualan. Yang penting lagi banyak kita membantu dan hulurkan pertolongan sudah pasti lagi banyak hasilnya secara automatik yang kita peroleh.

Anggaplah ancaman merupakan satu rintangan yang perlu kita hadapi dan bukannya merasakan ancaman yang ada sebagai satu beban hidup yang menyukarkan tugasan kita melakukan jualan. Per mudahkan dan jangan sama sekali disukarkan. Sesuatu perkara yang menuju ke arah kebaikan sememangnya pada awalnya akan merasa sukar dan susah pada peringkat awalnya untuk diperbetulkan. Teruskan usaha melakukan jualan kerana apa juga yang kita lakukan walaupun ia nya satu ancaman sudah pasti kita akan hadapi dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan