Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 13 Februari 2013

BERLEMBUT HATI




Antara sikap yang perlu dilakukan apabila menjual adalah berlembut hati. Apa yang dinamakan sebagai berlembut hati bukannya nak suruh menjadi mudah kasihan kepada orang lain. Tapi dengan berlembut hati kita akan mudah berlapang dada menerima apa juga halangan, cabaran dan dugaan yang bakal kita tempuhi dengan segala kesabaran, ketenangan dan ketabahan. Inilah yang diperlukan ketika menjual. Melayan pelbagai ragam dan cara karenah dan perangai prospek/pelanggan pasti akan membuatkan kita kadangkala akan memeningkan kepala kita sendiri dalam menghadapi pelbagai situasi dan keadaan yang tidak sama sekali kita terjangka dan menjangkakan sesuatu akan berlaku dan terjadi.

Banyak kelebihan dan kehebatannya kalau kita sering kali sahaja berlembut hati dengan sesiapa juga yang kita temui dan hadapi. Antaranya adalah

·        Kita akan menjadi mudah mesra

·        Berhemah dan bersopan tanda merendah dirinya kita kepada mereka

·        Mudah melihat dan merasa apa yang mereka mahukan

·        Kita akan lebih sentiasa mudah memahami

·        Bersangka baik dengan sesiapapun juga

·        Kepentingan diri boleh diketepikan terlebih dahulu

·        Apa pun yang berlaku dan terjadi, kita tidak akan kisah terlebih dahulu

·        Menjadi lebih tawaduk dan tahu apa yang akan kita lakukan dengan sebaik yang mungkin

Begitu banyak sekali apa yang kita boleh dapati hanya dengan berlembut hati sahaja. Sesuatu yang mungkin di luar pengetahuan kita tapi oleh kerana kita berlembut hati semuanya akan lebih memudahkan dan menyenangkan apa yang kita akan lakukan terutama sekali ketika kita ingin melakukan jualan. Bukan satu yang ajaib tapi amat membantu dalam kita melakukan jualan apabila sering kali kita melembutkan hati iaitu kesan-kesan yang boleh di dapati adalah

i.             Tahap keyakinan kita akan meningkat
Bila dah berlapang dada sudah tentu hati yang lembut secara automatiknya akan memberikan impak kita dalam melakukan tugasan jualan dengan lebih berkeyakinan lagi. Di atas kemesraan yang diwujudkan sudah pasti dalam mood yang baik dan elok. Kemesraan akan mudah terjalin dan terjadi. Menganggap apa juga masalah yang timbul sebagai satu asam garam dalam melakukan tugasan jualan bermakna tugasan kita sama sekali dirasakan tidak membebankan tapi merasa senang hati dengan apa yang kita lakukan selam ini.

ii.           Segala urusan akan menjadi dipermudahkan
Berlembut hati sudah pasti bukan kita sahaja yang akan mempermudah apa juga tugasan jualan terhadap prospek/pelanggan tetapi juga mereka akan turut sama membantu diri kita memudahkan apa yang kita perlukan selama ini daripada mereka walaupun perkara tersebut berlaku tanpa mereka sedari ataupun tidak. Sememangnya ini yang akan kita lakukan demi memudahkan segala tugasan jualan kita tidak kira bagaimana payah atau sukarnya harus kita hadapi. Berdepanlah dengan mereka dengan sebaik yang mungkin dengan memberikan tahap perkhidmatan mereka sebaik yang mungkin tanpa adanya sebarang perasaan berbelah bagi atau memilih prospek/pelanggan yang kita sukai ataupun tidak.

iii.          Setiap bangkangan dirasakan mudah untuk diatasi
Tidak dinafikan sebelum mendapatkan penutupan jualan sudah pasti bangkangan jualan akan berlaku. Mungkin dalam bangkangan jualan tersebut terjadi sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita apabila kita mendengarnya namun kalau kita sentiasa berlembut hati sudah pasti akan kita hadapi dengan sebaik yang mungkin tanpa perlu kita merasa susah hati dan merasa panik dengan apa yang berlaku. Lebih baik kita beralah daripada kalah sepanjang masa. Kena ingat, setiap bangkangan akan lebih menjerumuskan tindakan kita bagi mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki. Jangan mudah merasa susah hati apatah lagi merasa kecewa. Yang penting teruskan iltizam dan per mudahkan lagi prospek/pelanggan mendapatkan penutupan jualan.

Sabda Rasulullah ‘Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging yang jika ia baik maka baiklah tubuh tersebut seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah tubuh tersebut seluruhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati’ (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Memilih ke arah yang lebih positif. Hati akan mengawal segala-galanya. Kerana itu tindakan kita kena positif dan berakhlak mulia sesuai dengan Sabda Rasulullah “Per mudahkan, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Perubahan hidup bermula dari perubahan diri. Perubahan diri bermula dari perubahan hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan