Bila
melakukan jualan sudah pasti pelbagai dugaan, rintangan dan masalah yang perlu
kita hadapi sama ada kita suka ataupun tidak. Sememangnya sebagai seorang
manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Pasti ada
dan pasti wujud. Kerap kali kita dilanda ujian sudah pasti rasa sedih dan
dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan
daripada penindasan orang sehinggakan perkara yang terjadi ini tidak kita
sangka sama sekali amat dirasakan. Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman'
buat kita kongsi kan dugaan dan ujian yang menguji empunya diri ini dari hari
ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang? Atau perlu kah kita menangis dan
meratapi sahaja perkara ini berlaku?
Mungkin
Hadis ini boleh kita jadikan panduan dan iktibar untuk kita bagaimana
tindakan terbaik untuk bagi menghadapi perasaan dukacita dan kerisauan yang
berlaku dan terjadi. Suatu hari Ubai bin Ka’ab datang bertemu Rasulullah SAW
hendak bertanya tentang selawat. Ubai
berkata kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyakkan
selawat kepada mu. Daripada masa berdoa dan berzikir, sebanyak manakah masa yang patut aku luangkan untuk berselawat
kepada mu?”
|
|
Baginda bersabda “Sebanyak yang hati kamu inginkan.” Saya bertanya lagi
“Wahai Rasulullah, jika satu perempat?” Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu
inginkan. sekiranya kamu menambah, maka itu lebih baik bagi kamu.” Tanya Saya
“Jika separuh?” Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu inginkan. Jika kamu
menambah lagi, maka itu lebih baik untuk kamu.”Saya bertanya lagi “Jika dua
pertiga? Baginda bersabda “Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu menambah lagi,
maka itu lebih baik bagi kamu.”
Lalu, saya berkata “Jika demikian, saya jadikan seluruh
masa untuk berselawat kepada tuan.” Baginda bersabda “Jika kamu lakukan
sedemikian, maka Allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah akan
ampunkan segala dosa kamu.” (Hadis Riwayat At Tirmizi).
Terdapat satu kisah lagi bagaimana Rasulullah mengajar
tentang cara menghilangkan dukacita dan keresahan yang kita alam selama ini. Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda
kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu
solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungi, wahai
Rasulullah”
Jawab
Rasulullah maksudnya “Mahu kah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu
membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacita mu dan melangsaikan hutang mu.”
Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba
waktu pagi dan petang bacalah “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu
dari kebimbangan dan kesedihan” Kata Abu Umamah “Aku membaca doa tersebut, lalu
Allah menghilangkan rasa dukacita ku dan melangsaikan hutang ku”. (Hadis Riwayat
Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
Selawat
ke atas Nabi Muhammad SAW dipercayai
menjadi satu syafaat, rahmat, berkat dan penawar untuk menyelamatkan kehidupan
seseorang baik di dunia mahupun di akhirat. Kerana itu kita disaran sentiasa
menyebut berselawat ke atas penghulu kita bukan setakat untuk mengetahui
Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang paling kita akui dan kekasih Allah tetapi
ia nya juga dapat memberikan satu terapi kepada diri kita sendiri dalam
mengharungi pelbagai masalah yang kita tanggung selama ini.
Perlu
kita ingat dan fahami bahawa berselawat kepada Rasulullah SAW adalah perintah
dari Allah kepada hamba Nya. Allah berfirman bermaksud “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya
berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk
Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” (Surah Al-Ahzab Ayat 56).
Hadirlah dalam diri kita untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi kita, bukan
setakat dapat ganjaran pahala tetapi juga segala kerisauan dan rasa dukacita
kita dalam melakukan jualan sudah pasti boleh kita atasi hanya dengan
berselawat ke atas Nabi sahaja. Betapa mudah dan senangnya andai kata kita
mempraktikkannya perkara yang sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan