Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 20 Februari 2013

Emosi mereka penentu kejayaan



Jangan dibiarkan penat bercakap atau penerangan diberikan terlalu berlebihan. Walaupun kita minat untuk bercakap dan bercakap tapi kemahuan prospek/pelanggan yang ditemui masih tidak diketahui apa yang dicari ,dimahukan atau dikehendaki sampai bila-bila pun penutupan jualan sudah pasti amat sukar untuk diperoleh. Jangan mudah mendabik dada kerana kepetahan kita boleh bercakap kerana seseorang prospek/pelanggan menerima tawaran yang dikemukakan terhadapnya bukannya kerana handalnya kita memberikan presentasi sewajarnya tetapi hanya disebabkan mainan emosi yang begitu berkesan di hatinya.

Emosi adalah perasaan berniat yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu. Kata “emosi” diturunkan dari kata bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir, ‘kegembiraan’ dari bahasa Latin emovere, dari e- (varian eks-) ‘luar’ dan movere ‘bergerak’. Kebanyakan pakar-pakar fisiologi yakin bahawa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. Perasaan berniat kemarahan tersebut mungkin datang dan pergi dengan cukup cepat tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak begitu selesa dalam beberapa jam atau ketika.

Begitulah emosi dalam diri seseorang yang boleh memberikan impak yang cukup besar ke atas diri kita yang melakukan penawaran terhadap mereka. Jangan mudah memandang rendah akan keupayaan emosi seseorang apatah lagi suka per mainkan emosi mereka sesuka hati. Oleh itu bagi mendapatkan kecenderungan emosi mereka sentiasa memihak kepada kita yang melakukan jualan adalah disarankan agar kita melakukan perkara-perkara berikut iaitu

i.             Ketahui apa yang mereka cari selama ini
Mengetahui apa yang mereka mahukan dan perlukan amat  disyorkan dalam melakukan jualan. Kerana itu kita di saran dalam melakukan jualan per banyakkan pertanyaan demi mengetahui dengan lebih mendalam dan mengetahui apa yang mereka cari selama ini. Permainan emosi amat penting di masa kini seolah-olah kita mengambil berat akan apa yang mereka mahukan melalui soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang sebenar-benarnya mereka mahukan. Sememangnya seseorang apabila perasaan yang ingin mengetahui dan mengambil berat tentang kita sudah tentu akan sibuk bertalu-talu menanyakan soalan-soalan seolah-olah mengambil berat tentang diri kita. Jadi begitulah dalam jualan, prospek/pelanggan sudah pasti akan terasa ada orang yang akan mengambil berat kepadanya jika soalan-soalan yang kita kemukakan pada mereka cukup relevan dan berkaitan dengan apa yang mereka cari selama ini.

ii.           Bantu dan tolong
Ketepikan dahulu keuntungan yang bakal diperoleh. Beri bantuan dan pertolongan sewajarnya kepada mereka dalam menawarkan produk yang mereka cari untuk selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. Sucikan hati dengan niat yang betul akan kita lakukan bantuan dan beri pertolongan kepada siapa juga yang kita temui. Lagi banyak yang kita tolong dan bantu lagi banyak mendapatkan penutupan jualan lagi bertambah-tambah banyak pendapatan kita di kemudian hari. Yakin percaya kepada konsep ini kerana bantuan Allah tidak kira siapa pun juga asalkan kita mahu membantu dan menolong dengan sebenar-benar ikhlas dalam melakukan jualan pasti akan menerima balasan dan ganjaran seperti mana yang dimahukan.

iii.          Berikan manfaat dan kelebihan produk
Prospek/pelanggan cukup beremosi andai kata mengetahui bahawa apa yang kita perkatakan sememangnya dapat membantu selesaikan permasalahan mereka menerusi produk yang ditawarkan. Oleh itu jangan sama sekali menerangkan kepada mereka tentang ciri-ciri produk yang ada tapi berikan dan pandukan kepada mereka tentang segala kelebihan dan keuntungan yang bakal mereka peroleh apabila berbicara tentang produk yang ditawarkan. Biar jelas, padat dan ringkas untuk diberikan kepada mereka tentang kefahaman dan tunjukkan kepada mereka produk yang ditawarkan sudah pasti dapat menyelesaikan segala permasalahan mereka yang mereka tanggung selama ini.

iv.          Bertindak jujur
Kejujuran dalam melakukan jualan amat dituntut. Bila telah dipercayai dan diyakini oleh prospek/pelanggan sudah pasti emosi dan perasaan mereka untuk menerima kehadiran diri dan produk kita akan diterima dengan baik sama sekali. Tidak perlu disorokkan apa yang tidak kena kerana kebiasaannya bahasa badan pada diri kita tidak membantu akan kita bertindak menipu dan kelentong kepada mereka. Bertindak jujur sahaja. Berikan kebenaran yang sebenarnya agar apa yang kita lakukan sama sekali tidak akan dipersalahkan pula pada kemudian hari.

v.            Jaga hati dan perasaan mereka
Kalau kita mahukan dilayan baik sudah semestinya perkara ini perlu datangnya dari diri kita terlebih dahulu. Begitulah prospek/pelanggan yang ditemui, kalau mahukan mereka menjaga hati dan perasaan mereka, kita yang sepatutnya terlebih dahulu perlu dan mesti menjaga hati dan perasaan mereka. Pastikan kita menjaganya dengan begitu baik sama sekali. Kena berhemah dan bersopan apabila bertemu dengan prospek/pelanggan yang ditemui. Jangan main hentam sesuka hati sahaja perbuatan kita. Kita mahukan mereka melayan kita dengan baik dan mendengar apa yang kita perkatakan sudah pasti kita yang sebenarnya dahulu memberikan kesan yang terbaik kepada mereka dengan menjaga hati dan perasaan mereka melalui akhlak yang baik dari kita berikan.

Sentiasa berwaspada dengan apa yang kita lakukan agar minat mereka berjaya kita pujuk dengan cara yang baik dan berkesan. Tidak perlu memujuk, merayu, meminta kasihan belas atau meronta-ronta mahukan keputusan hendaknya kepada kita. Kena ada sikap yang agak STEADY bila berhadapan dengan mereka. Biar mereka merasa cukup hormat kepada kita kerana kesungguhan kita benar-benar ada kejujurannya dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan demi menyelesaikan permasalahan yang mereka tanggung selama ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan