Kepercayaan
dari prospek/pelanggan ke atas kita sememangnya diperlukan oleh mereka. Tanpa
adanya kepercayaan, jualan akan menjadi lebih sukar untuk dilakukan. Kerana itu
apabila kita telah berjaya mendapatkan kepercayaan jangan sama sekali diabaikan
dan dipersiakan begitu sahaja. Hanya dengan perhubungan yang baik dan terjalin
sahaja kepercayaan boleh didapati dengan mudah dan senang. Juallah apa sahaja
hanya kerana kepercayaan telah di dapati penutupan jualan sudah pasti boleh diperoleh
dengan apa yang kita mahukan dan perlukan.
Tapi
perlu diingat jangan mudah pula untuk mendabik dada merasakan yang pelanggan
benar-benar telah memberi kan kepercayaannya kepada kita seratus peratus.
Bila-bila masa pelanggan tersebut boleh mengubah pendiriannya. Maklumlah
manusia, sedang pasir pantai boleh berubah inikan pula manusia. Oleh itu dalam
mengekalkan kepercayaan yang diberikan oleh mereka ke atas kita adalah
disarankan beberapa perkara ini kita perkembangkan lagi kepada mereka agar kepercayaan
mereka tetap utuh seperti mana mula-mula kita mendapat kepercayaannya ke atas
kita iaitu
i.
Kepakaran
Tonjolkan dan tunjukkan
yang kita ini serba tahu dan serba boleh demi melayani kehendak dan kepercayaan
mereka ke atas mereka. Produk yang kita tawarkan bukan setakat kita tahu
bagaimana untuk menjualnya sahaja tetapi juga perlu kepada masalah-masalah
teknikal yang ada, kebaikan dan keburukan pasaran, segala kelebihan yang ada
pada pesaing dan juga bagaimana tahap perkhidmatan yang benar-benar boleh kita
berikan kepada mereka selepas mereka menerima tawaran yang ditawarkan kepada
mereka. Jangan beri mereka hilang kepercayaan terhadap kita begitu mudah dan berlalu
cepat sama sekali. Ambillah tindakan sewajarnya mempertahankan kepercayaan yang
telah diberi kepada kita agar kita jaga dengan sebaik yang mungkin. biarlah
mereka merujuk kepada kita sebanyak yang boleh asalkan kita tidak sama sekali
mengabaikan kehadiran mereka terhadap kita.
ii.
Komitmen
Tanpa komitmen bagaimana
pelanggan nak percaya apa yang kita perkatakan. Terlajak perahu boleh undur
tapi kalau dah terlajak kata, kena jaga sebaik mungkin. Setiap apa yang kita
perkatakan kepada mereka adalah satu ikrar kita kepada mereka untuk di tunaikan
sebaik mungkin dan bukannya untuk melepaskannya seperti batuk di tangga. Berhati-hati
dengan ikrar kita kepada mereka. Buktikan dan tunjukkan yang kita benar-benar
komited dengan apa yang telah kita luahkan selama ini. Bukan cakap-cakap kosong
atau syok sendiri. Berilah apa yang kita mampu hulurkan asalkan bukan dari
perkara yang di luar dari keupayaan dan kebolehan dari diri kita sendiri.
iii.
Keikhlasan
Tolong jangan menipu dan
jangan berbohong apatah lagi mengambil kesempatan demi kepentingan diri kita
sendiri atas kepercayaan yang telah diberikan. Ikhlas sesungguh-sungguhnya agar
apa yang kita lakukan bukan sahaja disenangi oleh pelanggan tersebut tetapi
juga keberkatan yang bakal kita peroleh dari Allah SWT. Teruskan tindakan kita
lakukan dengan kejujuran dan keikhlasan yang diharapkan oleh mereka agar
kepercayaan yang ada tidak sama sekali dimungkiri pula oleh kita sendiri.
Tiga
faktor ini kalau dijaga dengan baik dan bersungguh mana-mana pelanggan yang
telah memberikan kepercayaannya kepada kita sudah semestinya akan begitu utuh
dan tetap akan sampai bila-bila mempercayai kita. Sekali kita kelentong sudah
pasti sampai bila-bila orang tidak akan mudah semula untuk mempercayainya balik
kepada kita. Fikirkan apa yang sepatutnya kita lakukan agar kita tidak mudah
sekali hilang seorang pelanggan atau lebih dengan begitu senang atas kesilapan
dan kealpaan dari diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan