Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 30 Jun 2013

Elakkan FRASA yang boleh merugikan



Apabila kita bercakap dan berkomunikasi pastikan setiap patah perkataan atau frasa yang dikemukakan jangan terlalu menyentuh emosi mereka. Frasa walaupun kadang-kadang terlalu ringkas yang kita rasakan betul tapi sebenarnya tidak (mungkin tidak kita sedari) akan menyebabkan kita akan gagal memperoleh jualan. Buang masa dan buang tenaga sahaja kalau begitu. Kena berjaga-jaga hanya disebabkan tindakan kita yang tidak sepatutnya kita lakukan. Berfikir dahulu agar setiap tindakan kita akan nampak kesempurnaannya di hadapan bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita.

Menurut Sean McPheat, motivator jualan mengatakan frasa-frasa yang boleh merugikan tindakan jualan kita adalah seperti ‘Bagaimana anda hari ini?’, ‘Yakinilah saya’,  ‘itu semuanya tiada masalah....’, ‘Awak sepatutnya....’,    ‘Sebenarnya....’, ‘Tetapi....’, ‘Sejujur-jujurnya ingin saya perkatakan bahawa....’ atau ‘mungkin...’. Mungkin infografik di bawah ini boleh menerangkan dengan lebih lanjut lagi.


Sumber :  http://www.mtdsalestraining.com/mtdblog/the-7-and-a-half-sales-phrases-to-avoid-at-all-costs.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+mtds+%28MTDS%29

Read more >>

Sabtu, 29 Jun 2013

BUAH LAICI DI CHIANG MAI


Satu lagi tarikan di Chiang Mai. Deretan gerai tapi menjual produk yang sama iaitu buah laici. Seperti menikmati buah rambutan Cuma kulitnya berwarna merah dengan isinya cukup lekang dari bijinya. Berair dan cukup manis dirasakan.


Deretan gerai yang menjual buah laici. Tiada buah lain melainkan laici sahaja. Sememangnya musimnya telah tiba. Pelbagai harga ditawarkan mengikut gred yang diberikan. Dari gred satu  A kepada lima AAAAA. Rupanya pelbagai gred jenis laici dipamerkan. Kebiasaannya dalam tin buah-buahan boleh diperoleh tapi di sini buah segar laici boleh di nikmati dengan enaknya sama sekali.



Bagi pelancong yang ingin membawa balik ke negara asal perkhidmatan memasukkan ke dalam kotak turut disediakan. Demi memastikan jualan boleh dilakukan tidak mengapa asalkan perkhidmatan pembungkusan yang rapi boleh disediakan sama sekali. Sememangnya mereka amat cekap untuk mengambil kesempatan asalkan jualan boleh dilakukan.


Siapa yang hadir dan datang ke situ dibenarkan merasa buah laici seberapa banyak yang termampu secara percuma. Tiada tegahan tapi ikut suka untuk mengambilnya. Rasalah sepuas-puasnya asalkan boleh dinikmati. Cuma masa membelinya kena berhati-hati kerana ada pekedai yang mengambil kesempatan mencampurkan gred rendah bersama dengan gred yang ingin kita beli.




Yang tidak menggembirakan si penjual cepat sungguh menukarkan tanda harga bila ada pelancong yang tiba terutama dengan coaster ataupun bas pelancongan. Semuanya bagi memastikan tiada tawar-menawar boleh berlaku dan mendapatkan keuntungan setinggi yang termampu. Inilah hakikat si penjual buah di Chiang Mai yang memilih bulu siapa pembelinya. Minta-minta perkara sebegini tidak berlaku juga di negara kita.

 

Read more >>

Jumaat, 28 Jun 2013

Maetang Elephant Park Chiang Mai



Penternakan gajah di utara Thailand sangat popular di serata dunia. Mengambil kesempatan berada di Chiang Mai sudah semestinya Taman Pemeliharaan Gajah sememangnya pasti tidak dilepaskan peluang begitu sahaja. Melawat Maetang Elephant Park bagaimanapun merupakan satu pengalaman manis yang sudah pasti tidak dapat dilupakan sama sekali.



Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana mereka merancang dan merangka pemasaran yang terbaik melakukan promosi yang berterusan menjaja nama dan menjaga Taman Gajah tersebut dengan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian orang ramai terutama pelancong yang mengunjungi. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh mereka adalah

i.             Pertunjukan memandikan gajah

ii.           Pertunjukan gajah seperti bermain bola, menyanyi dan melukis

iii.          Menaiki kereta lembu

iv.          Menunggang gajah menyelusur hutan dan sungai 

v.            Menaiki rakit

Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan terdapat juga kemudahan-kemudahan asas bagi kegunaan pelawat atau pelancong yang hadir seperti

i.             Restoran masakan tempatan termasuk makanan halal

ii.           Musala

iii.          Pelbagai gerai-gerai jualan disediakan seperti barangan cenderamata, lukisan oleh gajah, gerai makan dan minuman

iv.          Tapak melihat pertunjukan

Semuanya disediakan bagi memastikan pelawat atau pelancong cukup berpuas hati dengan segala apa yang disediakan di situ. Apa yang menarik adalah bagaimana mereka cukup menjaga gajah-gajah di situ bagi menyelamatkan gajah-gajah yang ada sama ada terbiar ataupun tidak untuk mereka membelanya di situ. Yang pastinya kesemua wang keuntungan diperoleh adalah bagi tujuan menjaga dan memelihara kehidupan gajah-gajah tersebut yang berada di taman tersebut.

Inilah jualan yang mereka lakukan bagi memastikan taman yang didirikan mendapat sambutan bagi menampung segala kos yang dilakukan. Tanpa ada nilai-nilai komersial sudah pasti taman tersebut tidak akan mendapat sambutan terutamanya dari pelancong-pelancong yang hadir. Antara tindakan-tindakan mereka bagi memastikan jualan tetap laris dan mendapat sambutan adalah

i.             Memastikan gajah-gajah yang ada adalah sentiasa sihat tanpa ada sebarang jangkitan penyakit berlaku dan terjadi. Pengasingan gajah-gajah yang sakit akan diberi keutamaan di tempat yang berbeza

ii.           Suasana damai mengekalkan panorama semula jadi hutan di tempat yang disediakan tanpa adanya sebarang pencemaran alam

iii.          Kebersihan taman amat diutamakan sama sekali

iv.          Caj yang dikenakan adalah berpatutan. Seperti memberi makan kepada gajah hanya bernilai 20 bath sama ada tebu ataupun pisang, 500 bath untuk menunggang gajah atau makanan yang disediakan di restoran dengan harga pakej kepada pengunjung yang hadir.

v.            Gerai-gerai yang disediakan disusun dengan cantik dan berjaya menarik perhatian pengunjung. Bukan setakat bersih tapi gaya susunan bagi mencari apa juga produk yang diingini cukup mudah untuk diperoleh.

vi.          Kemudahan memberi makan kepada gajah terutama ketika memasuki hutan menunggang gajah di letakkan di tempat-tempat utama bagi memudahkan urusan pembelian makanan kepada gajah-gajah tersebut.

vii.        Kemesraan kakitangan taman tidak dinafikan yang begitu bersopan dan berhemah walaupun wujud masalah komunikasi di sini.

viii.       Jalinan yang intim dan baik kepada semua agensi pelancongan baik di pihak kerajaan mahupun swasta bagi membawa pelancong-pelancong ke tempat mereka. 

Itulah kehebatan taman pemeliharaan gajah yang disediakan. Boleh dikomersialkan gajah yang sedia ada untuk mengaut keuntungan perniagaan. Cukup kreatif dirasakan walaupun pengunjung yang hadir tiada langsung orang tempatan yang datang walaupun hari cuti. Penting menjaga syarikat-syarikat pelancongan yang membawa pelancong-pelancong melawat di samping nama taman yang turut dikenali di serata dunia.



Read more >>