Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 28 Februari 2013

HENTI TERUS MULAKAN



Sabda Rasulullah SAW ‘Sesungguhnya Allah amat suka kepada seseorang daripada kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia akan melakukannya dengan penuh kesungguhan dan tekun’ (Hadis Riwayat Baihaqi). Sememangnya kita dituntut untuk melakukan sesuatu tugasan dengan penuh fokus, bersungguh-sungguh dan fahami dengan apa yang dilakukan. Begitulah juga apabila melakukan jualan, kena lakukan dengan bersungguh tanpa adanya perasaan syak dan ragu serta menghindari dari sikap malas. Walaupun terdapat banyak rintangan, halangan dan ujian yang perlu ditempuh namun jadikanlah ia sebagai asam garam dalam melakukan jualan dengan sebaik yang mungkin.

Dalam memastikan tindakan jualan yang dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Konsep ‘Henti-Terus-Mulakan’ perlu ada dan disemai apabila untuk memastikan kejayaan ingin dicapai. Bukan satu perkara yang mudah apabila kita mahu berinteraksi dengan prospek/pelanggan tapi ia nya sama sekali tidak mustahil untuk dilakukan. Kena berusaha dan lakukan dengan sebaik yang mungkin agar kekecewaan tidak mudah sama sekali berlaku dan terjadi kepada kita. Antara yang perlu dilakukan adalah

i.             Henti
Jangan sama sekali melakukan perkara-perkara kita nampak dan rasakan tidak memberikan apa-apa hasil dan kejayaan. Mana yang silap dan salah tinggalkan sahaja agar kita tidak lagi merasa gagal dengan apa yang kita lakukan. Berhenti segera agar kita tidak sama sekali melakukan kesalahan dan kesilapan sama sekali apabila melakukan jualan. Kerana itu kena amat dituntut melakukan muhasabah sentiasa kerana kita akan sentiasa sedar dan tahu apa yang berkesan atau tidak dalam melakukan jualan. Bila ada yang kita tiru gaya dan skil dari seseorang yang telah berjaya melakukannya kena pastikan kaedah tersebut dilakukan dengan menyesuaikan cara dan gaya kita pula. Jangan tiru bulat-bulat dan terus menerus. Pastikan selepas ini tiada kesalahan dan kesilapan yang membawa kita ke arah kegagalan yang perlu kita lakukan lagi dan lagi.

ii.           Terus
Dah tahu berjaya dilakukan teruskan sahaja usaha kita ini dalam melakukan jualan yang telah kita temui rentak kejayaannya. Jangan fikir banyak teruskan sahaja kerana ia nya telah mendatangkan hasil yang baik untuk kita dalam melakukan jualan. Pengalaman adalah guru yang terbaik bagi memastikan apa tindakan terbaik perlu dilakukan yang menjadikan pengalaman tersebut sebagai guru terbaik buat diri kita. Pengalaman yang ditempuh telah banyak mengajar diri kita dalam melakukan jualan di mana dengan mata kasar kita sendiri telah menyedari bahawa ada tindakan yang betul dan tepat yang sama sekali boleh membawa kepada kejayaan yang diingini. Tidak gunanya kita dikatakan pandai menjual andai kata penutupan jualan pun masih gagal untuk diperoleh.

iii.          Mulakan
Jangan tangguh dan dilengah-lengahkan lagi usaha yang berjaya. Perbaiki mana-mana kelemahan agar terus-terusan kita dalam rentak kejayaan. Tiada siapa yang mahukan kegagalan kerana setiap kali kita gagal setiap kali itulah kekecewaan pasti menjelma. Setiap hari mulakan dengan cara, kaedah dan gaya seorang juara agar keyakinan yang ada tidak siapa boleh mengganggu gugat rentak kemenangan kita melakukan jualan. Yakin dengan apa yang kita lakukan sudah pasti keyakinan tersebut akan dibalas dengan sumber pendapatan yang kita cari dan mahukan selama  ini.

Perkara yang mudah dan senang untuk dilakukan asalkan kita tahu apa yang kita lakukan sememangnya menghasilkan satu keputusan yang berjaya dan yang dimahukan selam ini. Firman Allah “Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (Surah al-Jumu’ah Ayat 10). Jangan di tangguh lagi usahalah sebaik mungkin mencari oportuniti-oportuniti dan peluang-peluang yang ada antara kita sedar ataupun tidak yang mungkin berada di hadapan mata kita. Mana yang gagal jangan kita ulangi lagi, mana yang berjaya kita teruskan sahaja di samping pencarian ilmu jangan diabaikan sama sekali. Kejayaan datang bukan dengan sekelip mata sahaja tapi perlu dilakukan dengan konsisten dan bersungguh setiap masa.


Read more >>

Selasa, 26 Februari 2013

Perlunya Mentor dalam Jualan



Mereka yang baru menceburi bidang jualan sebaik-baiknya perlu ada seorang mentor dalam dirinya. Adanya mentor akan memberikan peluang kepada dirinya untuk bekerja dengan orang lain dengan sebaik yang mungkin. Dari mentor yang ada banyak yang boleh dipelajari antaranya tentang segala asas-asas jualan, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dengan cara yang paling efektif dan berkesan, segala produk dan pengetahuan produk serta mengetahui sekali semua sumber dalaman organisasi yang diwakili.

Untuk makluman, mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau penasihat yang boleh dipercayai.  Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi dan menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukkan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor  yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan konsultan kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikkan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri bidang yang diceburi.

Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan mentee (biasanya pekerja yang baru dan kurang berpengalaman) mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif organisasi demi untuk meningkatkan kualiti kerja dan imej organisasi yang berkenaan.  Dalam situasi ini mentee yang menerima bimbingan dapat  berpegang kepada objektif organisasi demi untuk menjaga kualiti yang berterusan. Oleh  itu dalam memastikan program mentor-mentee ini berjaya dilaksanakan beberapa tindakan yang perlu dilakukan adalah

i.             Fahami kelebihan perlunya mentor
Sebagai orang baru yang menyertai bidang jualan, sama ada penyediaan atau pencarian mentor sebaik-baiknya dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Bila ada mentor akan memudahkan lagi pembinaan satu sokongan, apa yang berlaku dan apa yang diperlukan sama sekali. Semua akan mudah diketahui dengan cepat dan segera tanpa perlu membuang masa dan teraba-raba mencarinya. Berkongsi pengalaman adalah satu tindakan bijak dari mentor kepada mentee. Ini sudah pasti akan memberikan dorongan terbaik kepada mentee dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang diperlukan.

ii.           Tetapkan jangkaan
Penerangan dari mentor tentang segala peranan, tanggungjawab, prosedur dan sasaran perlu dibekalkan kepada mentee dengan sebaik-baiknya. Biar mentee tahu bidang yang diceburinya apa yang diperlukan untuknya. Bila dah tahu maka lagi mudah untuk melakukan tugasan jualan. Berikan segala-gala apa yang diperlukan agar tindakan dan kelakuan dalam melakukan jualan adalah seiring dan sejalan dengan apa yang dimahukan.

iii.          Merangka pelan yang sebaiknya
Tetapkan apa perancangan yang terbaik untuk dirinya bertindak dan lakukan apa yang sepatutnya. Tanda perancangan yang rapi bagaimana orang baru boleh mencapai kejayaan? Semuanya bergantung pada perancangan yang jitu dan betul. Kehadirannya dirinya bukanlah semata-mata bagi memenuhi kuota yang diperlukan tapi sebenarnya adalah untuk membangunkan karier jualannya agar lebih cemerlang dan berjaya.

iv.          Jalinan perhubungan
Keakraban yang rapat akan menghasilkan kerjasama dan ukhuwah yang padu. Ikatan silaturahim antara mentor-mentee amatlah diperlukan agar kerja yang seiringan dapat dijalinkan dengan baik sama sekali. Jangan diabaikan bergerak orang baru ini berseorangan membiarkan keseorangan. Agama amat menuntut agar memberi tunjuk ajar yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan. Jangan tamak ilmu atau bangga diri kepada mereka. Berkawanlah dan bersahabatlah dengan sebaik yang mungkin agar keredaan dan ganjaran dari Allah itulah yang kita cari sebenar-benarnya.

Inilah yang sepatutnya apabila kita yang baru menceburi bidang jualan perlukan seorang mentor bagi mendidik, mengajar, perbetulkan dan menegur akan segala apa yang kita lakukan. Jangan mudah mendabik dada yang kita telah tahu akan segala-galanya. Kita adalah insan yang sentiasa mempunyai kelemahan setiap masa. Jangan mudah tinggi diri apa tah lagi mudah menyombong diri. Carilah sebaik-baik jalan mencari dan kenal pasti siapa orang yang boleh kita dapatkan bantuan dan pertolongan bagi tujuan menjadikan  kita lebih cekap dan hebat dalam melakukan jualan.


Read more >>

Isnin, 25 Februari 2013

Langkah demi Langkah



Terlalu banyak perlu dilakukan dalam jualan asalkan kita berkehendak dan memahukan ia nya berlaku sudah pasti tidak menjadi satu halangan buat diri kita yang menceburi bidang jualan ini. Semakin banyak yang perlu dilakukan semakin bersemangat untuk kita selesaikan asalkan matlamat mencapai sasaran dan memperoleh pendapatan yang banyak boleh diperoleh dengan sebanyak yang termampu. Kena faham dan ketahui sebaik yang mungkin agar tiada kekeliruan dan kebingungan apabila melakukannya.

Bukan senang nak jadi orang yang hebat tapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Teruskan usaha pergunakan kudrat yang ada yang agar apa juga musibah, rintangan dan masalah yang timbul yang semestinya boleh kita atasi dengan sebaik yang mungkin. Langkah demi langkah perlu kita lalui dan diikuti dengan penuh kesabaran, ketenangan dan ketabahan yang tinggi. Lakukan dengan sebaik yang mungkin iaitu

i.             Fahami proses jualan
Bermula dari pencarian leads untuk ditukarkan kepada prospek dan seterusnya pelanggan melalui penutupan jualan yang berjaya kita peroleh. Pencarian melalui saringan yang betul akan membuahkan hasil yang kita kehendaki. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak jadi susah. Itulah tugasan yang perlu kita lakukan. Jangan mudah berputus asa dan merasa kesal dengan apa yang telah kita lakukan selama ini.

ii.           Ketahui apa yang pembeli mahukan
Bantu dan tolong selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini. Ketahui apa yang mereka perlukan dengan per banyakkan bertanya dari per banyakkan memberikan penerangan produk. Sesuaikan produk yang ditawarkan bersesuaian dengan apa yang mereka mahukan. Bersungguh dalam membantu dan menolong agar apa yang kita lakukan bukan sahaja prospek/pelanggan suka dengan apa yang kita tawarkan tetapi ganjaran dunia dan akhirat boleh kita dapat sekali gus.

iii.          Berusaha dan berserah diri
Berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa perlu merungut, bersungut dan mudah putus asa. Sentiasa menyerahkan diri pada Allah dengan sepenuh hati dan bukannya pada manusia. Allah Maha Mengetahui dan Maha Memberi. Asalkan kita tidak putus asa dan kecewa dan mohon pada Allah agar setiap tindakan dan perbuatan kita dipermudahkan dan jangan sama sekali disukarkan ia.

iv.          Fahami berapa banyak yang perlu dicapai
Sasaran yang ada kena tahu berapa banyak yang perlu dicapai. Sentiasa ingat tujuan dan sasaran yang perlu kita capai agar apa yang kita lakukan selari dengan kehendak sasaran yang telah ditetapkan. Kalau tak cukup cuba sedaya upaya untuk mencapainya manakala kalau dah dicapai syukur alhamdulillah dan teruskan lagi pencapaian yang tertinggi pula. Yang penting jangan di tangguh dan jangan dilambat-lambatkan lagi tugasan diri kita.

v.            Sentiasa bersemangat
Jangan mudah berputus asa di tengah jalan. Tidak ke mana jadinya itu. Teruskan sahaja usaha dengan semangat yang kental dan tinggi. Lupakan segala masalah yang ada dan mendatang tapi beri tumpuan dan fokus yang sewajarnya. Semakin jauh kita berlari semakin hebat prestasi kita sepatutnya. Kerana itu kena pupuk diri kita sentiasa bersikap positif dan elakkan sama sekali dari bersikap negatif bagi tujuan memastikan diri kita sentiasa bersemangat untuk melakukan jualan menghasilkan keputusan yang amat membanggakan.

Teruskan sahaja usaha yang ada agar langkah demi langkah agar tidak tersasar dari landasan melakukan jualan. Pupuklah minat yang mendalam agar kita sentiasa tabah, tenang dan sabar menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Jangan sama sekali mengeluh dan anggaplah semua yang berlaku dan terjadi adalah ujian dari Allah SWT. Kejayaan bukan datang bergolek tanpa datangnya usaha dan berdikarinya kita dalam melakukan jualan. Cabaran sememangnya banyak tapi semuanya itu boleh kita atasi dengan sebaik yang mungkin

Read more >>

Ahad, 24 Februari 2013

Jangan lekehkan ilmu bila diperoleh



Pentingnya mengetahui dan mendalami ilmu. Menjadikan kerjaya jualan sememangnya memerlukan ilmu demi ilmu setiap masa bagi mempersiapkan diri dalam melakukan jualan. Ilmu boleh didapati banyak cara dan jalannya. Baik dari pengalaman yang dilalui semasa berhadapan dengan prospek/pelanggan, mengutip dari pengalaman dari orang-orang yang berjaya melakukannya,pembacaan buku-buku,majalah dan artikel yang berkaitan dan menghadiri sendiri majlis-majlis ilmu seperti berkursus, berseminar ataupun taklimat jualan. Semuanya ilmu yang perlu dicari dan perlu didapati dengan kesungguhan dan bukannya kerana dipaksa-paksa atau tanpa kerelaan. Rasulullah bersabda: “Barang siapa berjalan dalam rangka menuntut ilmu maka akan dimudahkan jalannya menuju syurga.” (HR. Muslim). Begitulah besarnya ganjarannya yang Allah telah janjikan kepada kita kalau kita ada kesungguhannya untuk mendapatkan ilmu sebanyak yang mungkin.

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ada memberi nasihat "Kamu menghadiri majlis ilmu hanya untuk mencari jalan keluar bagi permasalahan duniawi kamu, bukan untuk mengubati dan merawat penyakit hati. Kamu tidak mendengarkan segala nasihat para penceramah, tetapi hanya pandai meneliti kesalahan mereka, kemudian menghina dan mentertawakannya, kamu juga bermain-main dalam majlis ilmu tersebut. Sesungguhnya kamu sedang mempertaruhkan diri kamu kepada Allah yang Maha Agung dan Maha Mulia. Segeralah bertaubat, jangan mencontoh musuh-musuh Allah. Berusahalah untuk mengambil manfaat dari apa yang kamu dengar."

Ingatilah nasihat ini agar kita tidak sama sekali apabila kita menghadiri majlis tidak sama sekali kita melakukan perkara seperti berikut

i.             Perlekehkan, perlecehkan  dan memandang rendah penceramah  yang menyampaikan ilmu

ii.           Tidak serius dengan penyampaian ilmu yang dihadiri 

iii.          Mencari salah dan kelemahan si penyampai seolah-olah diri kita ini sudah pandai dan cerdik orangnya

iv.          Tidak menghargai akan apa yang ilmu kita peroleh

v.            Mempersendakan dan tidak menghargai ilmu yang kita peroleh

vi.          Menganggap paksaan dan bukan rela hati apabila menghadiri majlis ilmu

Bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin ilmu tersebut telah kita ketahui dalam majlis tersebut tetapi dengan rela hati dan terbuka hati kita menerimanya lagi sebagai satu penambahan dan pengekalan ingatan kita pada ilmu yang kita dapati lagi dari sudut pandangan seseorang yang lain pula. Ada hikmah nya. Buang rasa ego dan tinggi diri semasa menghadiri sebarang majlis ilmu yang disertai. Kadang-kadang kita terlupa sesuatu perkara tapi akan diingatkan semula melalui majlis ilmu tersebut. Elakkan ia sama sekali diri kita begitu mudah menjadi takbur dan merasa tinggi diri hanya kerana kita merasakan mendapat ilmu yang sama kononnya pada tanggapan diri kita. 



Kena sentiasa ingat dalam hati, agar apabila berada di mana sekalipun dalam majlis ilmu sentiasalah merendah diri dan merasa sentiasa tidak cukup ilmu yang ada pada diri kita. Ilmu anugerah Allah maha luas kerana ilmu yang ada pada kita diumpamakan seperti setitik air dari air laut yang sedia ada. Maka bersyukurlah sentiasa agar setiap ilmu yang kita peroleh ada keberkatannya untuk kita gunakan pada diri kita sendiri dan seterusnya kita sampaikan dan berkongsi sama dengan orang lain yang memerlukannya pula.
Read more >>