‘Just as in dealing
with a prospect, with your sales team, you need to PULL not PUSH. You need to
ASK not TELL and you need to HELP not SELL’ – Sean McPheat,
Motivator Jualan
Inilah yang perlu
kita lakukan apabila kita berhadapan dengan prospek/pelanggan apabila kita
ingin melakukan jualan. Lakukan dengan betul agar keputusan dalam mendapatkan
penutupan jualan dapat di perolehi dengan berkesan sekali. Persiapan diri dan
kaedah yang diperlukan ketika menjual perlu di perkemaskan lagi agar
prospek/pelanggan yang ditemui pasti dapat memberikan satu keputusan yang menyeronokkan
pada kita akhirnya.
Tindakan-tindakan
yang diperlukan semasa kita berhadapan dengan prospek/pelanggan adalah dengan
diperlukan sangat dengan melakukan kaedah seperti berikut
·
You need to PULL not PUSH
Bila berhadapan
dengan prospek pastikan kita mampu untuk menarik minat mereka untuk mereka
berikan perhatian sepenuhnya tatkala kita sedang melakukan presentasi dan
persembahan kepada mereka. Jangan memaksa sama sekali tetapi berikan
maklumat-maklumat berfakta dan tunjukkan bahawa produk yang ditawarkan kepada
mereka adalah jalan penyelesaian terbaik kepada masalah yang mereka sedang
alami. Pujukan dengan cara dan jalan yang betul menunjukkan kepentingan produk
kepada mereka memenuhi keperluan mereka mencari penyelesaian masalah mereka
amatlah dituntut sama sekali.
·
You need to ASK not TELL
Banyakkan bertanya
bukannya banyakkan mengomel. Hadkan tempoh masa bercakap kita dalam melakukan
presentasi dan persembahan kita dengan memberikan penekanan kepada manfaat dan
kelebihan produk yang ditawarkan dan selebihnya banyakkan bertanya supaya kita
dapat memahami apa yang diperlukan dan dimahukan oleh prospek/pelanggan
tersebut disesuaikan dengan produk yang ditawarkan. Lagi banyak bertanya lagi
banyak kita ketahui. Lagi banyak kita penerangan produk kepada mereka maka lagi
sedikitlah kita ketahui keperluan mereka yang sebenarnya. Elakkan dari
komunikasi sehala tetapi cuba cari jalan untuk berkomunikasi secara dua hala
dengan lebih berkeyakinan dan menunjukkan betapa kita amat berprihatin ke atas
permasalahan yang mereka tanggung selama ini.
·
You need to HELP not SELL
Berniatlah untuk
membantu orang seramai yang boleh melalui produk yang ditawarkan dan tunjukkan
kepada mereka bagaimana produk yang kita ada ini dapat membantu mereka untuk
menyelesaikan permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Tunjukkan kepada
mereka tanpa menggunakan dan menerima tawaran yang diberikan, sampai bila-bila
pun masalah mereka sudah pasti tidak akan ada cara dan kaedahnya untuk diberi
penyelesaiannya. Apabila kita terlalu sibuk untuk membantu orang terutama
prospek/pelanggan yang kita cari secara tidak langsungnya jualan akan mengikut
sekali sejajar dengan bantuan yang kita kemukakan. Kerana itu niat kena
perbetulkan dahulu untuk bantu seramai yang termampu dan bukannya jualan sebanyak
yang termampu. Semakin ramai kita bantu semakin banyak pula jualan berjaya
dihasilkan. Bila berjaya melakukan jualan dengan banyaknya bermakna pendapatan
dan komisen kita akan semakin bertambah dari masa ke semasa tanpa kita sedari.
Kerana
itulah kita apabila melakukan jualan dengan prospek/pelanggan yang ditemui kena
ingat sentiasa agar kita perlu untuk melakukan tarikan daripada memujuk,
bertanya jangan perkatakan dan membantu bukannya menjual. Kalau ini yang kita
lakukan, prospek/pelanggan akan lebih yakin kepada kita menyebabkan penutupan
jualan mudah terjadi dan membolehkan kita dengan senang pula mencapai sasaran
yang diberikan. Sebenarnya ianya cukup berkait antara satu sama yang lain.
Ingat tiga perkara ini agar setiap perbuatan kita melakukan jualan
dipermudahkan dan tidak sama sekali disukarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan