Mark Hunter, seorang speaker jualan
dan motivasi dari Amerika Syarikat telah mengemukakan 5 tip terbaik untuk melakukan jualan seperti
mana yang diingini oleh kita. Ia nya adalah berdasarkan tip-tip yang diberikan
semasa beliau melakukan ceramah beliau di hadapan sekumpulan pelajar universiti
yang meminta kepada beliau tip-tip melakukan jualan yang mana akhirnya sekumpulan pelajar tersebut
mengatakan tip-tip tersebut adalah tip-tip yang terbaik pernah mereka dengari.
Lima tip-tip yang dimaksudkan
itu adalah
i.
Ia nya bukan yang kita perkatakan tetapi apa yang
pelanggan yakini
Sebaik mana
kita lakukan presentasi kalau pelanggan masih enggan untuk menerima segala usul
yang diutarakan pasti bermakna peluang kita semakin malap untuk mendapatkan
penutupan jualan. Sebaik-baiknya luangkan masa untuk merapatkan lagi hubungan
dengan pelanggan. Kemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahuan dan
kehendak mereka. Ada kalanya mereka tidak mengetahui apa yang mereka perlukan
dan sinilah tugasan kita untuk membantu mereka secara membimbing apa manfaatnya
produk kita kepada mereka. Tapi jika
pelanggan masih enggan untuk mempercayai dan menerimanya bermakna kita tiada
mempunyai peluang langsung
ii.
Jangan lakukan panggilan jualan jika pelanggan tidak
mengetahui yang kita ingin melakukan penutupan jualan
Jika kita tidak
mengetahuinya ke mana harus kita pergi, bagaimana kita boleh sampai ke
destinasinya. Perkara yang biasa dilakukan selepas presentasi adalah untuk
mendapatkan penutupan jualan. Rancanglah dengan awal agar segala tindakan dapat
dipertingkatkan lagi dengan lebih berstrategi untuk mendapatkannya. Jangan
mengharapkan hanya kepada satu teknik sahaja bagi mendapatkan penutupan jualan
tetapi pelbagaikanlah segala teknik yang ada berdasarkan apa yang pelanggan
telah maklumkan kepada kita.
iii.
Dedikasikan masa anda secara mingguan atau bulanan bagi
mendapatkan senarai prospek
Didapati terlalu
ramai sangat yang melakukan jualan menghabiskan masa mereka melakukan pelbagai
tugasan selain daripada mengali dan menyelongkar senarai-senarai prospek untuk
ditemui. Jika kita mendisiplinkan diri
dan merasa satu tanggungjawab bebanan yang turut diutamakan mendapatkan
pangkalan data prospek atau pelanggan, sampai bila-bila pasti kita tidak akan
melakukannya.
iv.
Percaya dan yakin pada diri kita sendiri dan lakukan
pertolongan kepada pelanggan
Kita sendiri
pun tidak yakin pada produk yang ditawarkan bagaimana pelanggan hendak turut
mempercayainya untuk membeli dan menerimanya? Inilah antara sebabnya orang yang
berjaya melakukan jualan mencapai kejayaan hanya kerana beliau percaya dan
yakin sangat-sangat atas manfaat dan kelebihan produk yang ditawarkan kepada
orang lain. Bila dah yakin dan percaya pada produk yang ditawarkan, penceritaan
dan menangani bangkangan sudah pasti mudah dan senang untuk dilakukan.
v.
Tampilkan diri tepat pada waktunya
Mudahnya jualan
hilang hanya kerana kegagalan menghadirkan diri dengan tepat ataupun gagal
melakukan susulan. Amat menyedihkan hanya disebabkan satu perkara yang asas dan
mudah untuk dilakukan, jualan akan hilang begitu sahaja hanya disebabkan gagal
menunaikan janji yang tidak ditepati. Disiplin amat memainkan peranan yang
terpenting sekali dalam hal yang sebegini bagi menunjukkan dan membuktikan
kepada pelanggan tersebut yang kita amat menghargai dan menghormati tentang
mereka dan keperluan mereka.
Mengapa Mark Hunter merasakan
yang beliau begitu yakin dengan lima tip yang diberikan ini adalah berdasarkan
kepada pengalaman-pengalaman
beliau bekerja di dalam bidang jualan ini dan telah mengajar
beribu-ribu kakitangan jualan. Beliau turut menjelaskan bahawa kebarangkalian
bagi mereka-mereka yang menggunakan tip-tip yang dinyatakan ini bagi mencapai
kejayaan seperti yang diidamkan adalah tinggi dan memuaskan hati mereka semua.
Ilmu kalau yang telah di dapati
tetapi hanya sebagai bahan bacaan dan untuk dijadikan bahan simpanan dan
koleksi sahaja tanpa
mempraktikkannya akan merugikan sahaja apa sahaja ilmu yang kita perolehi.
Mana yang dirasakan baik pastikan kita gunakan manakala jika ia nya didapati
tidak bersesuaian tinggalkan sahaja. Ambil yang jernih buang yang keruh.
Sentiasa amalkan agar ilmu yang ada dipertingkatkan lagi sentiasa
mengikut peredaran masa dan ketikanya di waktu kita sedang rancak menghadapi
rentak persaingan yang tinggi yang perlu kita hadapi bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan