Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 13 April 2012

HANYA MEL SUARA SAHAJA?


Dalam melakukan tele-marketing bagi mendapatkan satu temu janji yang idamkan bukannya semuanya boleh dihubungi begitu sahaja dengan mudahnya. Ada yang ‘engaged’, terbiarkan sahaja panggilan yang kita lakukan tanpa diangkat untuk menjawabnya dan yang paling sayu rasanya jika panggilan yang dibuat dan dilakukan hanya mesin suara syarikat Telco yang menjawabnya bagi pihak prospek/pelanggan yang dihubungi.


Bagi yang ‘engaged’ tidak berjawab ataupun panggilan dibiarkan begitu sahaja tanpa memberi jawapan balas mungkin boleh cuba untuk kita hubungi semula tapi apa pula tindakan kita jika ‘Mel suara’ yang muncul meminta kita meninggalkan pesanan? Apa yang perlu kita lakukan pula? Mungkin langkah-langkah berikut dapat kita lakukan bersama agar setiap prospek yang cuba kita hubungi tidak sama sekali kita merasakan hilang dan rugi begitu sahaja tanpa ada usaha yang sepatutnya selepas nada Mel suara tersebut habis bercakap. Jangan kita cepat menutup talian telefon atau membiarkannya begitu sahaja tetapi cuba untuk melakukannya seperti berikut


•             Bercakap dengan berhemah, nada yang baik dan jelas.

•             Jika merasakan berkemungkinan akan muncul mempunyai masalah untuk memahami apa yang kita ingin sampaikan kerana loghat, sakit tekak atau apa-apa sebab lain, mempertimbangkan untuk meminta orang rakan setugas untuk bercakap mewakili diri kita.

•             Beri nama kita sendiri, nama organisasi yang diwakili (jika kita menelefon dari sebuah organisasi) dan nombor telefon yang lengkap pada permulaan mesej.

•             Secara ringkas, tepat dan padat jelaskan kenapa kita melakukan panggilan. Mel suara bukan tempat untuk berbicara lama dan panjang berjela-jela dalam satu jangka masa

•             Mohon jasa baik prospek/pelanggan tersebut memanggil balik.

•             Mungkin terdapat kaedah atau alternatif yang lain untuk menghubungi kita jika boleh (e-mel  misalnya, atau nombor telefon yang lain jika ada).

•             Tolong jangan diberikan nombor telefon bimbit jika telefon tersebut tidak sentiasa dihidupkan.

•             Ulangi nama dan nombor telefon pada akhir mesej dengan harapan si penerima tersebut boleh menulis untuk kembali menghubungi kita.

•             Nyatakan kemaafan kita atas luangan masa beliau mendengar mel suara dari kita

•             Maklumkan sebagai penutup ucapan terima kasih dan ucapkan yang kita menunggu panggilan dari prospek/pelanggan tersebut.


Yang pentingnya kita sanggup untuk berusaha. Walaupun hanya mel suara sahaja yang menjawabnya tapi sekurang-kurang kita tetap mencuba. Jangan sama sekali putus asa asalkan ada usaha pasti kejayaan yang akan muncul juga. Terpulang kepada prospek/pelanggan untuk menghubungi kita, yang penting kita dah sampaikan apa yang kita hajati dan kehendaki. Tidak salah untuk mencuba, yang penting berusaha sentiasa walaupun kesukaran menjelma.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan