Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 19 April 2012

PENUTUPAN JUALAN APA YANG TERJADI SEBENARNYA


Saat yang paling menggembirakan dalam melakukan jualan adalah apabila kita berjaya mendapatkan penutupan jualan. Apabila pelanggan bersetuju sahaja menerima tawaran, inilah detik dan waktunya yang ditunggu oleh kita sebagai satu kejayaan peribadi mendapatkan juga produk yang ditawarkan diterima oleh pelanggan akhirnya. Mulalah terfikir dan mengira berapa pula komisen dan pendapatan tambahan bakal diterima tidak lama lagi.

Dalam sebuah video bertajuk ‘What really happens when you close a sale’ yang disampaikan oleh pakar motivasi jualan Tom Hopkins mengatakan terdapat empat situasi yang berlaku apabila terjadinya penutupan jualan terlaksana yang mungkin kita sedari ataupun tidak. Antara situasi yang dinyatakan tersebut adalah





·         Kita membantu pelanggan merasionalkan keputusan yang mereka telah putuskan


Pelanggan mula menerima hasil daripada penyelesaian kepada masalah mereka berjaya diselesaikan dengan menerima tawaran produk dari kita. Kita berjaya meyakinkan mereka dan tunjukkan bahawa produk yang ditawarkan adalah produk yang paling bersesuaian dengan apa yang mereka cari selama ini sebagai satu kaedah atau jalan penyelesaian kepada masalah mereka. Memberikan fakta dan testimoni serta membantu menunjukkan caranya bagaimana masalah mereka boleh dibantu dan ditolong akan menampakkan lagi dan memudahkan mereka untuk cepat dan segera menerima tawaran yang dikemukakan.

·         Kita membantu pelanggan menghalang dari penangguhan tindakan


Kesungguhan dan kemesraan dari kita membuatkan pelanggan merasakan kita telah menunjukkan kepada beliau tentang pentingnya dan perlunya produk yang ditawarkan diterima oleh mereka dengan merasakan satu kerugian kepada mereka jika mereka tidak menerimanya. Apabila kita bersungguh sudah pasti pelanggan jua akan bersungguh untuk menerima dengan merasakan produk yang bakal diambilnya nanti akan dapat menyelesaikan permasalahan beliau.

·         Kita membantu pelanggan berurusan mengatasi ketakutan mereka


Orang kalau nak membeli atau menerima tawaran yang ditawarkan, pasti memikirkan banyak kali sama ada ia nya menguntungkan beliau atau tidak. Ketakutan yang tidak dapat dielakkan kerana sesiapapun yang tidak mahu menanggung kerugian sama sekali. Ketakutan pelanggan yang berjaya kita atasi sahaja inilah yang akan membuatkan kita berjaya mendapatkan penutupan jualan daripada pelanggan tersebut.

·         Kita membantu pelanggan untuk mengatasi ketidaktegasan melakukan keputusan


Pasti akan kita temui bagaimana pelanggan menjadi mahu tidak mahu, tergagap-gagap, keliru dan menunjukkan serba salah untuk tidak menerimanya ataupun tidak tawaran yang dikemukakan. Kepentingan dalam memastikan membantu pelanggan memahami dan memberi keyakinan bahawa produk yang ditawarkan adalah sememangnya berbaloi dan memuaskan hati pelanggan itu dengan sendirinya pasti mengakibatkan pelanggan telah melakukan keputusan yang betul dan pasti buat dirinya.

Pastikan tugasan kita selepas mendapatkan penutupan jualan jangan diabaikan sama sekali. Memberikan perkhidmatan selepas jualan perlu dijaga dengan baik dan teratur demi menjaga kepercayaan pelanggan tersebut ke atas kita. Nak dapat penutupan jualan pun sukar inikan pula nak abaikan pelanggan tersebut begitu sahaja. Berikan kesungguhan kita dalam memberikan penerangan yang sebaik mungkin supaya pelanggan tersebut memahami apa yang ingin disampaikan dengan niat untuk membantu mereka dengan kesungguhan yang bersungguh-sungguh. Semakin ramai kita membantu semakin banyak kita boleh perolehi penutupan jualan.
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan