Salah satu penyebab utama kenapa
penutupan jualan boleh dilakukan dengan baik dan mudah adalah disebabkan kepercayaan
pelanggan terhadap diri kita. Hanya kerana percaya sahaja orang
boleh terima apa sahaja yang kita tawarkan walaupun produk yang ditawarkan
tidaklah sebaik mana dan berkualiti mana. Tapi kerana percaya sahaja
seolah-olah satu tarikan kuat umpama kekuatan sang magnet yang sedang menarik besi yang
berada di hadapannya, boleh dilakukan. Sukar hendak dipercayai
tetapi itulah hakikatnya.
Dalam mendapatkan kepercayaan
seseorang pelanggan itu terhadap kita, beberapa langkah ini perlu dilakukan
untuk memastikan bahawa segala tindakan kita dapat dilaksanakan untuk
mendapatkan lagi kepercayaan pelanggan iaitu
i.
Bertindak secara jujur dan ikhlas
Jangan sesekali
menipu atau mengambil kesempatan di atas prospek/pelanggan kita terutama sekali
ketika bantuan amat diperlukan oleh mereka. Tidak salah berkata benar walaupun
kita merasakan produk yang ditawarkan tidak laku untuk diterima dan penawaran
kita ditolak. Keikhlasan dan kejujuran akan membuktikan semula kepada mereka
tentang apa yang kita perkatakan kepada mereka. Yakin bahawa apa yang kita
lakukan hanyalah kerana Allah SWT.
ii.
Kita adalah pakar dan sedia maklum tentang produk yang
ditawarkan
Keyakinan dalam
melakukan penawaran membolehkan kita lebih diyakini dan mendatangkan lagi
kepercayaan terhadap kita. Seolah-olah seorang doktor pakar yang merawat
pesakitnya, apa saja yang beliau perkatakan dianggap betul dan benar kerana
semua orang tahu apa yang doktor tersebut berkata adalah melalui pengalaman dan
pengetahuan beliau dalam bidang tersebut. Jadi bagaimana orang nak pertikaian
apa yang doktor itu nyatakan. Begitulah juga dengan kita yang melakukan jualan,
kena tahu betul-betul tentang produk yang ingin ditawarkan supaya apa yang kita
katakan dan perkatakan menjadi pendorong kuat kepada pendengar untuk lebih
mempercayai dan meyakini apa yang ditawarkan.
iii.
Niat untuk membantu
Fikirkan
manfaat orang lain dahulu sebelum memikirkan apa manfaat untuk diri kita pula.
Bantu prospek/pelanggan kita dahulu supaya dengan produk yang kita tawarkan
boleh mereka pergunakan dengan sepenuhnya, memuaskan hati mereka dan
menyelesaikan permasalahan mereka jika mereka terima tawaran produk dari kita.
Setelah selesai semuanya untuk mereka barulah kita boleh berkira-kira berapa
banyak pendapatan kita selepas itu.
iv.
Penampilan diri
Jaga penampilan
diri kerana itu yang prospek/pelanggan lihat dahulu. Bersesuaian dengan ketika
dan tempatnya kena ambil tindakan serius dan bersungguh. Jangan sama sekali
ambil sambil lewa dan ambil mudah sahaja dikhuatiri selepas pertemuan pertama
langsung tiada lagi pertemuan seterusnya. Penampilan diri melambangkan
keperibadian seseorang dan menunjukkan keyakinan diri. Jika kita tidak ketahui
tentang penampilan diri belajar dari seseorang yang sentiasa tahu tonjolkan
dirinya melakukan penampilan diri yang terbaik di hadapan mata kita.
v.
Permudahkan dan jangan disukarkan
Tiada siapa
yang mahu setiap perkara yang dimahukan dan diperlukan terasa bagai sukar
sahaja untuk mendapatkannya. Tunjukkan cara dan kaedah yang terbaik untuk
prospek/pelanggan tersebut berupaya mendapatkan produk yang kita tawarkan
secara lebih mudah dan senang bagaikan memetik bunga di taman permainan. Setiap perkara yang dipermudahkan kepada
orang lain, Allah SWT akan sentiasa membalas semula kepada kita untuk
dipermudahkan kita melakukannya kepada orang lain pula
vi.
Jangan mudah bersangka buruk
Kalau kita nak
orang percaya kepada kita bermakna kita kena percaya dahulu terhadap orang
tersebut terlebih dahulu. Semuanya bergantung pada kita sendiri. Wujudkan
kemesraan supaya jalinan perhubungan yang baik dapat diamalkan dengan segera
dan mudah untuk berinteraksi. Sedangkan Rasulullah SAW menyeru kepada kita agar
kita tidak mudah sama sekali berburuk sangka kepada orang walaupun kita bertemu
dengannya. Bersangka baklah dahulu agar pelanggan yang berada di hadapan kita
dengan mudah memberikan kepercayaannya kepada kita ketika dan masanya kita
melakukan jualan terhadapnya.
Sebenarnya bukan sukar atau susah
untuk mendapatkan kepercayaan orang kepada kita tetapi kerana kita sentiasa
merasa boleh atau tidak boleh sahaja yang mengakibatkan kita seolah-olah terasa
agar sukar dan payah sungguh untuk memulakannya apatah lagi untuk melakukannya.
Jangan pula terlalu
ego dan berlagak di hadapan orang sehingga mereka merasa cukup meluat dan
menyampah melihat kita apabila bertemu. Elakkan perkara-perkara yang negatif dan
berprasangka buruk terhadap prospek/pelanggan tetapi sentiasa ingat
yang kita perlu lakukan juga demi menjaga periuk nasi kita dan karier kita
dalam bidang jualan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan