Pastikan apabila seorang pelanggan
telah berjaya kita perolehi, minta tolong sangat-sangat agar kita tidak mudah
melupakan diri kita untuk memohon referral dari pelanggan tersebut. Kebiasaannya
mendapatkan referral dari pelanggan yang telah sedia ada menerima bantuan dan
pertolongan dari kita lebih mudah untuk diberi penerangan dan mendapatkan
penutupan jualan darinya jika dibandingkan dengan prospek-prospek yang kita
hubungi semasa melakukan tele marketing. Masa dapat dijimatkan disamping
kos-kos yang timbul boleh dikurangkan.
Antara pendekatan terbaik untuk
mendapatkan referral dari pelanggan ini adalah dengan kaedah
i.
Pendekatan secara langsung (Direct
Approach)
Semasa pelanggan
telah menerima tawaran kita dan semasa kita berhadapan dengan pelanggan, di
waktu ini adalah masa yang cukup sesuai mendapatkan referral dari beliau tanpa
perlu berselindung dan ragu-ragu. Lagi cepat tindakan kita adalah lebih baik
memandangkan pelanggan didalam mod yang ‘happy’ dan senang.
ii.
Diam seketika
Pastikan jangan
terus menerus bercakap dan berkata-kata. Sebaik-baiknya selepas menanyakan
referral dari pelanggan tersebut, senyap seketika amat diperlukan.
iii.
Elakkan malu untuk meminta
Demi kerjaya kita
jangan sama sekali malu atau segan untuk meminta. Selagi kita tidak lakukan
selagi itu kita tidak akan ketahui hasilnya. Berusaha untuk meminta dan
bukannya menunggu peluang begitu sahaja.
iv.
Tunjukkan keikhlasan untuk membantu
Apabila kita
ikhlas orang yang berada di hadapan kita secara automatik juga akan ikhlas
kepada kita. Jangan menyombong dan berlagak kerana tiada siapa yang ingin
membantu jika kita dalam berkeadaan tersebut. Terlalu mendesak juga akan
menyebabkan kita akan hilang peluang begitu sahaja. Berhati-hati dalam
tindakan.
Peluang yang datang jangan dilepaskan. Kena usaha mencari dan terus mencari. Tiada yang semudah di jangkakan. Rajin buka mulut pasti ada hasilnya. Kena minta kena pohon. Kalau rasa terbeban dan menyusahkan sampai bila tak akan dapat apa yang di hajati. Usahakannya sehingga berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan