Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 4 April 2012

Bila dah percaya......


Apabila pelanggan telah pun mempercayai kita, ini bermakna semakin besar peluang kita untuk mendapatkan penutupan jualan sepertimana yang dikehendaki. Jangan dirisaukan lagi tindakan seterusnya kerana peluang telah terbuka luas untuk mendapatkan persetujuan pelanggan tersebut menerima tawaran dari kita. Bila kepercayaan berlaku dan terjadi di hati para prospek/pelanggan kita ini bermakna

i.                     Peluang mendapatkan penutupan jualan dan penerimaan tawaran lebih mudah dan senang

ii.                   Pelanggan lebih mudah didampingi dan mendapatkan perhatian

iii.                  Jualan berulang dan ‘cross sale’ lagi senang dilakukan

iv.                 Hebahan mulut dari pelanggan tersebut mudah didapati

v.                   Memohon referral juga senang diberikan

vi.                 Pelanggan akan sentiasa berada dalam mod yang baik apabila bertemu dengan kita


Kepercayaan yang telah dilakukan dan disemai jangan sama sekali diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja. Lakukan sebaik mungkin agar jalinan perhubungan dan persahabatan yang dilakukan mendapatkan kepercayaan dari pelanggan masih utuh dan berkekalan sampai bila-bila. Sekali kita menghancurkan kepercayaan orang kepada kita bermakna sampai di situ sahajalah perhubungan kita dengan pelanggan tersebut. Kekalkan dan jangan sama sekali kita biarkan kepercayaan yang didapati ini musnah dengan mudah dan senangnya di masa hadapan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan