Dikemukakan 15
alasan-alasan yang sering kedengaran apabila jualan sukar di laksanakan
i.
Leads yang ada
tidak mencukupi
ii.
Setiap kali
menghubungi prospek pasti mereka tidak mahu berurusan
iii.
Persaingan terlalu
kuat di pasaran
iv.
Produk yang
ditawarkan tidak kompetitif
v.
Macam mana nak
dapat komisen jika ‘threshold’ nya tinggi sesangat
vi.
Sistem ‘delivery’
slow sangat sehingga pelanggan marah-marah dan tidak percaya lagi
vii.
Pengurusan asyik
menekan saya sahaja sehingga saya tiada kreativiti melakukan jualan
viii.
Asyik mesyuarat
sahaja setiap pagi macam mana nak bertemu dengan pelanggan?
ix.
Balik-balik
report, report, report, bila masa nak buat sales ni?
x.
Banyak sangat
produk yang hendak dijual, yang mana satu nak fokus kalau macam ni
xi.
Semua nak kena
buat dari A hingga ke Z
xii.
Kenapa saya kena
gerak sendirian sahaja melakukan jualan?
xiii.
Tunggu sahaja
‘walk in customer’ lebih mudah dan senang untuk berinteraksi
xiv.
Gaji dah ada
setiap bulan, buat apa fikir nak dapat komisen
xv.
Eleh nak kena
marah pun bos kita kalau target tak achieved, buat tak tahu jer....
Berbaloi kah
alasan seperti di atas ini? Adakah perjuangan melakukan jualan penuh dengan
sandiwara dan mewujudkan alasan-alasan yang istimewa asalkan kita semua boleh
melepaskan diri begitu sahaja walaupun dalam masa untuk jangka pendek sahaja.
Adakah kepuasan begini yang kita cari selama ini?
Jangan sama sekali
menyalahkan orang lain dan keadaan sekeliling tetapi jadikanlah ia sebagai satu
cabaran, dugaan dan kesilapan dari diri kita sendiri yang masih dan gagal untuk
diperbetulkan. Ada hikmah nya di setiap kejadian yang berlaku, sentiasa
bermuhasabah dan pertingkat kan semula prestasi kita di setiap masa dan
ketikanya. Tepuk dada tanyalah selera. Antara madu atau racun yang perlu di
pilih. Segala kita yang tentukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan