Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 5 April 2012

ATASI PENYAKIT GUGUP


Pada 7hb Disember 2011 ketika saya memandu, saya terdengar siaran Radio Sinar FM slot Sinar Pagi bersama yang dikendalikan oleh Najman dan Zul Yahya bersama tetamu jemputan mereka Dato Dr Mohd Fadzillah Kamsah. Banyak sungguh masalah manusia ini sampai boleh diketengahkan dalam sebuah rancangan radio yang terkemuka di masa kini. Tertarik saya mendengarnya bagaimana Dato Mohd Fadzillah Kamsah mengemukakan cadangan beliau dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang ditimbulkan oleh pendengar dengan cara yang begitu berhemah dan memahami setiap persoalan yang dikemukakan.


Apa yang membuatkan saya begitu tertarik, terdapat seorang lelaki yang menelefon beliau menanyakan tentang soalan yang juga berkait rapat dengan karier kita di masa kini. Soalan beliau adalah seperti berikut, “Dato, saya adalah seorang yang melakukan jualan dengan majikan saya, masalahnya sekarang bagaimana saya hendak melakukan jualan sepertimana yang majikan saya kehendaki memandangkan saya berasa begitu gugup untuk menghadapi pelanggan yang ditemui. Bagaimana caranya untuk saya mengatasi masalah ini?”


Wau, memang kena sungguh dengan kerja dan tugasan kita sekarang ini. Penyakit gugup satu penyakit yang perlu kita atasi dengan segera memandangkan sedikit sebanyak pasti ianya akan mengganggu kita lebih-lebih lagi tatkala kita sedang berhadapan dengan prospek/pelanggan kita. Menurut Dato Mohd Fadzillah Kamsah untuk mengatasi gugup ini adalah dengan cara


i.                    Hormati orang
Pelajari untuk mula menghormati orang yang kita temui untuk menjual. Jangan pandang rendah dan lekeh seolah-olah kita yang mengajar mereka bukannya untuk menjual kepadanya. Islam amat memandang tinggi kepada mana-mana individu yang sentiasa menghormati orang lain. Apabila kita menghormati orang, secara automatiknya orang tersebut akan mula menghormati diri kita. Apabila penghormatan telah diberikan dan diterima maka urusan kita semakin dipermudahkan.


ii.                  Bermula dengan kosong
Tiada usaha yang terus bermula dengan satu. Ianya pasti bermula dengan kosong terlebih dahulu. Dari tidak tahu kepada mengetahui. Tambahkan ilmu pengetahuan sebanyak yang boleh. Tahu apa produk yang ingin kita jual dan tahu bagaimana untuk lakukan presentasi kepada prospek kita dengan sebaik yang mungkin. Tiada siapa di dunia ini bermula terus dengan kepandaian. Pasti bermula dari bawah dahulu dan bermula dari tidak tahu apa-apa pun lagi. Berusaha sentiasa untuk perbaiki dan per elokkan lagi tugasan menjual kita.


iii.                Niat pada diri kita sendiri
Memastikan untuk sentiasa berniat dan melakukan jualan bagi


·         Membantu sebanyak yang boleh dan termampu kepada orang yang ditemui dan tidak mengharapkan dahulu ganjaran atau komisen yang bakal diterima oleh kita


·         Mencuba sebaik yang mungkin untuk beri pertolongan dan tunjukkan caranya bagaimana untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka terlebih dahulu


·         Tunjukkan bagai mana produk yang ditawarkan boleh membantu prospek/pelanggan yang ditemui


Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Barang siapa yang meringankan dari seorang mukmin satu kesulitan dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan ringankan untuknya satu kesulitan-kesulitan hari Kiamat” (Hadis diriwayatkan Muslim).


iv.                 Memohon bantuan Allah


·         Ketika bertemu dengan prospek/pelanggan bacalah Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir (Maha Perkasa, Maha Memaksa, Yang Memiliki Segala Kesombongan) dan hembus perlahan-lahan di hadapannya sebelum memulakan bicara kita kepadanya semoga dengan bantuan Allah prospek/pelanggan telah dapat dilembutkan hatinya terlebih dahulu dan terbuka hatinya untuk berinteraksi dengan baik dan berhemah walaupun kita ketahui ada prospek/pelanggan yang mudah marah, berlagak dan ego yang melampau boleh dilembutkan dengan bacaan ayat ini.


·         Mengamalkan bacaan doa pembuka 12 buah pintu seperti berikut

Sentiasa beringat setiap apa juga masalah yang timbul insyaAllah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Hilangkan perasaan gugup, takut dan risau dengan cuba amalkan perkara-perkara seperti di atas. Yang penting usaha dahulu dan jangan sama sekali main logik dahulu katakan susah ataupun sukar terlebih dahulu. Tanpa usaha, tindakan yang betul manakan pula akan datang kejayaan sepertimana yang dipinta dan dimahukan. Jangan putus asa dan mudah merasa kecewa, kerana semakin kita melayan penyakit ini semakin gugup kita melakukan jualan demi jualan sepertimana yang dikehendaki.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan