Antara iktikad dan hasrat yang diperlukan apabila melakukan jualan adalah
dengan memastikan dalam diri kita adalah untuk membantu prospek/pelanggan
seramai yang mungkin dan termampu dan tidak sama sekali melakukan jualan di
hadapan diri mereka terlebih dahulu. Kenapa pula perlu membantu dan tidak
menjual kepada mereka? Bukankah tugasan kita adalah untuk menjual? Ini lah
permasalahan yang perlu kita ketahui kenapa membantu lebih diutamakan daripada
menjual. Sebelum kita perkatakan dengan lebih lanjut lagi sama-sama kita hayati
kisah Rasulullah SAW terlebih dahulu.
Kisah PERTAMA - RASULULLAH S.A.W. DAN WANG LAPAN DIRHAM
Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud untuk berbelanja serba sedikit. Dengan berbekalkan wang sebanyak lapan dirham, beliau berhajat sama sekali hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga mengikut kemampuan yang ada. Belum pun sempat untuk sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis teresak-esak. Lalu Rasulullah SAW bertanya kenapa beliau menangis. Apakah beliau sedang di timpa musibah dan masalah? Perempuan itu terus mengatakan bahawa beliau adalah seorang budak yang telah kehilangan wang sebanyak dua dirham. Ia menangis sangat hanya disebabkan beliau begitu takut akan didera nanti oleh majikannya apabila beliau pulang semula ke rumah. Mendengar keluhan wanita tersebut, dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah SAW untuk menghibur wanita malang tersebut. Kini tinggal enam dirham di poket Rasulullah SAW. Beliau bergegas membeli jubah, pakaian kesukaannya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin menegur Rasulullah SAW seraya berteriak berkata, "Barang siapa yang memberi ku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, sememangnya tidak sesuai lagi untuk dipakai dan digunakan lagi. Jubah yang baru dibelinya dilepas dan diberikan begitu sahaja dengan sukarela kepada orang tua tersebut. Langsung terpendam hasrat Rasulullah SAW untuk mengenakan pakaian baju baru.
Dengan langkah berpuas hati setelah dapat membantu dan menolong seseorang dalam kesusahan Rasulullah SAW hendak segera pulang ke rumah. Akan tetapi Rasulullah SAW di uji sekali lagi dan harus bersabar. Kali ini Rasulullah SAW menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut sekali lagi dan wanita tersebut terus mengadukan persoalan, bahawa ia berasa sangat takut untuk balik ke rumah. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai seorang hamba abdi saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang sahaja. Hukuman fizikal sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati Rasulullah hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawapan. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam sebanyak tiga kali. Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah menghantar perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku sahaja yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah ini penghuni rumah terkesima dan terkedu dibuatnya. Mereka merasa mendapat suatu pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. kerana secara tidak langsung mereka menyampaikan, "Hamba ini sudah aku merdekakan kerana Allah." Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan wang lapan dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat lapan dirham demikian besar berkatnya daripada lapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang hamba abdi."
Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsyi. "Bahawanya Allah menolong hambanya, selama ia menolong saudaranya sendiri."
KISAH KEDUA - RASULULLAH
S.A.W. DAN MEMOHON BANTUAN
Suatu kisah yang
diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di waktu tengah hari beliau
('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba
datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan seharian pekerjaan mereka
sebagai pemburu, keadaan ekonomi sangat lemah pada ketika itu. Rasulullah amat
simpati, sayu dan berubah wajah menampakkan kesedihan. Oleh kerana kaum ini
sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu itu, maka Rasulullah
s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian beliau keluar dan menyuruh
Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil orang ramai supaya berhimpun.
Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan
tujuan meminta orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum
yang datang supaya dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut.
Tidak lama
kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit,
pakaian dan juga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki
yang terdiri daripada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan,
pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w.
berkata: "Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar", kata-kata
Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda
kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu.
Nyata di sini, walaupun dua kisah yang dipaparkan ini tidak menunjukkan satu contoh dalam melakukan jualan tetapi sekurang-kurangnya ia teladan dari pimpinan utama kita, Rasulullah SAW telah menunjukkan betapa mulianya kita perlu membantu orang yang hidupnya begitu terdesak dan tertekan dengan keadaan dan situasi yang mereka alami dan hadapi sehingga Rasulullah SAW bersedia untuk membantu walaupun hasratnya untuk memiliki sesuatu tidak kesampaian. Bagi Rasulullah SAW membantu orang lain yang lebih memerlukannya adalah satu tindakan dan sikap yang terpuji yang pasti diberi ganjaran bukan setakat di dunia sahaja tetapi juga di akhirat nanti.
Firman Allah SWT
bermaksud ‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan
jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang
membawa kepada perseteruan, dan takut oleh mu akan Allah. Sesungguhnya Allah
akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’ Surah Al-Maidah Ayat 2.
Hebatnya kalau kita sebagai seorang Muslim yang mengamalkan kenapa kita perlu membantu orang ramai dari memikirkan keuntungan dahulu dari jualan yang dilakukan. Terdapat banyak ganjarannya dari Allah dan begitu juga akan terdapat seksaannya jika perkara yang tidak elok dan baik pula kita lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan