Niat ialah azam
atau tekad melakukan sesuatu yang disertakan dengan tindakan sesuatu yang
khusus. Dalam sebuah hadis daripada Umar
bin Al-Khattab r.a, beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Segala
amalan ibadah itu hanya sah dengan niat dan bagi setiap manusia diberi ganjaran
menurut apa yang diniatkan." (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim.)
Tidak dinafikan melakukan jualan,
menantikan kepastian mendapatkan penutupan jualan persetujuan dari
prospek/pelanggan amat diperlukan sehingga ada kalanya sampai setahun pun ada.
Ada tu pula mungkin setakat sejam, sehari, seminggu ataupun sebulan juga boleh
didapati. Semuanya itu bergantung pada kehendak prospek/pelanggan. Nasib baik
diterimanya tawaran kita kalau prospek/pelanggan tersebut menolaknya bagaimana?
Adakah ia nya bergantung pada nasib?
Mungkin kita kena lakukan sesuatu bagi
memperolehi keputusan segera dari prospek/pelanggan yang dijumpai. Selagi kita
gagal mendapatkan persetujuan mereka untuk menerima tawaran yang dikemukakan
selagi itulah kita pasti tiada kejayaan untuk di perolehi dan ini boleh
mendorong kita menjadi seorang yang mudah putus asa dan kecewa yang amat
sangat. Bila ini terjadi kepada kita, mod untuk melakukan jualan dengan lebih
bersemangat sudah pasti akan hilang begitu sahaja tanpa disedari.
Bagi mengatasi perkara ini, beberapa
tindakan segera perlu dilakukan oleh kita agar kita boleh mendapatkan keputusan
dari prospek/pelanggan melakukannya dengan cepat dan segera melakukan keputusan
untuk menerimanya iaitu dengan cara menunjukkan cara dan kaedah dari kita untuk
membantu prospek/pelanggan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
memberikan satu solusi yang mewajarkan tindakan prospek/pelanggan tersebut
menerimanya dengan segera.
Bagi mendapatkan keadaan seperti yang
dinyatakan ini beberapa tindakan diperlukan bagi mengenal pasti keadaan yang
dinyatakan iaitu dengan cara
i.
Lakukan keraguan dengan menunjukkan
prospek/pelanggan mempunyai masalah yang dihadapi kerana itu anda
diperlukan untuk banyakkan bertanya dari banyakkan melakukan penerangan dan
presentasi
ii.
Buktikan
kepentingan untuk prospek/pelanggan ia perlu
diselesaikan segera dan jauhi sama sekali penangguhan dari pihak kita.
iii.
Beri kefahaman
dengan kita sahaja yang mampu memberikan satu solusi kepada mereka bagi mengatasi masalah yang dihadapi bersesuaian
dengan produk yang kita ingin tawarkan kepada mereka
iv.
Pengaruhi dan jangan sama sekali memaksa mereka
Ini satu teknik menjual, bukan nak
mendesak dan terdesak di samping tidak sama sekali menunjukkan yang kita
sentiasa hebat dalam melakukan jualan. Bila anda berjaya melakukannya
percayalah bahawa pelanggan tersebut pasti akan mencari kita lagi dan melakukan
jualan berulang dan memaklumkan kepada kenalannya melalui hebahan mulut mencari
kita hanya disebabkan
·
Mereka mempunyai
masalah
·
Mereka tahu yang
ia nya perlu diselesaikan
·
Mereka ketahui
kita ada jalan penyelesaiannya
Niat
yang baik untuk membantu dan menolong seramai yang mungkin tanpa memikirkan
dahulu pulangan yang bakal kita perolehi hasil dari penutupan jualan yang
berjaya dilakukan dan dibawa balik pasti akan menghasilkan satu keputusan yang
di luar dugaan kita sendiri sama sekali. Tinggi ganjaran Allah SWT berikan
kepada kita kalau kita sememangnya berniat untuk membantu orang. Jangan tamak
dan menyimpan hasad dengki kerana kejayaan kita Allah akan tentukan mengikut
usaha kita sepadan dengan niat. Biarlah pendapatan yang kita perolehi dan
terima ada keberkatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan