Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 9 April 2012

CINTAI DAN GEMARI TUGASAN DALAM JUALAN


Melakukan sesuatu yang diminati pasti mendatangkan satu rasa seronok, gembira dan tenang, umpama kita mendengar alunan lagu dan muzik yang didengari, walau apa pun yang datang mengganggu pasti kita akan tetap mendengarnya. Perkara yang menjadi hobi, suka atau tidak, sukar ataupun tidak pasti kita akan melakukannya kerana minat punya pasal apa nak jadi jadilah. Tak kira apa yang berlaku dan terjadi walaupun rintangan dan cabaran yang mendatang sebesar manapun pasti kita akan tetap melakukannya.


Begitulah juga dalam jualan, tanamkan minat dan cenderung untuk suka melakukannya supaya apabila kita berhadapan dengan orang yang kita sasarkan terutama sekali prospek yang belum kita kenali dan ketahui apa pun ancaman, cabaran dan dugaan yang mendatang sudah pasti kita akan boleh atasinya juga. Hanya disebabkan rasa cinta dan sukanya kita ke atas karier jualan yang kita ceburi ini. Mendatangkan minat dalam jualan terdapat banyak kelebihannya yang boleh kita dapati dan perolehi. Antaranya adalah 


i.                    Semakin berminat semakin menambah pendapatan kita

Fikirkan komisen fikirkan pendapatan yang bakal kita perolehi jika kita dapat melakukan penutupan jualan sebanyak yang boleh dan termampu kerana minat, kita akan sanggup melakukan apa juga demi memastikan dapat memenuhi apa yang di rasakan seronok kita lakukan. Perkara yang mendatangkan kegembiraan pada kita sudah pasti kegembiraan juga akan kita terima pada pulangan dan hasilnya nanti.


ii.                  Sanggup bekerja lebih waktu menjadikan yang terbaik
Apabila kita telah berminat bermakna kita akan menjadikan perkara tersebut menjadi sesuatu yang paling baik dan terbaik di kalangan yang terbaik. Tidak kira sejarah ataupun tidak, kerana minat kita akan sedaya upaya meletakkan diri kita di kelompok dan peneraju utama sebagai seseorang yang paling ‘terror’ dalam melakukan jualan. Selagi usaha dilakukan dan tidak mengharapkan untung nasib tuah badan, sudah pasti kita akan sanggup menghabiskan masa kita walaupun berlarutan asalkan kepuasan hati dapat dipenuhi sebagai kakitangan terbaik pernah diambil bekerja.


iii.                Sanggup menghadapi setiap cabaran dan rintangan
Minat punya pasal, apa juga cabaran, halangan, dugaan, masalah dan bangkangan jualan pasti dapat ditempuhi dengan tabah dan sabar. Apa juga yang datang kita sentiasa menganggap sebagai satu perkara yang kena dan pasti ditempuh dan cepat mempelajari apa juga bagi mengatasi setiap cabaran, halangan, dugaan, masalah dan bangkangan jualan yang datang menjelma dengan tenang, baik dan teratur.


iv.                 Sanggup menghabiskan waktu bagi mencapai sasaran
Walaupun masa yang diperuntukkan 24 jam sehari, kadang-kadang kita sanggup menghabiskan masa sehingga 10 hingga 18 jam sehari demi memastikan jualan yang kita lakukan dapat dilakukan dan memenuhi sasaran yang diberikan dengan secepat yang mungkin tanpa berbelah bagi. Tiada yang lawak dan mustahil tetapi jika ada kesungguhan sudah pasti boleh dilakukan asalkan hajat di hati dapat dipenuhi bagi memastikan cinta dan minat kita pada kerjaya yang dilakukan dapat dipenuhi dengan jayanya.


v.                   Sanggup bekerja keras kerana merasakan bukan tugasan
Apabila sesuatu tugasan yang dilakukan sudah dianggap sebagai satu hobi dan minat yang mendalam untuk dilaksanakan bermakna kita akan bekerja dan bertugas lebih dari keupayaan sebenar yang diharapkan. Prestasi yang melebihi dari apa yang diharapkan bermakna sememangnya kita adalah insan yang benar-benar cintakan dan mahukan karier kita tetap terbela, terjaga dan mampu menjadi orang kepercayaan pihak pengurusan hanya disebabkan prestasi terbaik yang kita telah tunjukkan hasilnya kepada mereka


vi.                 Sanggup mencari ilmu dan skil sebanyak yang termampu
Jangan merasakan mencari ilmu dan pengalaman tugas sesuatu yang boring dan membuang masa sahaja. Ini adalah kerana dengan pencarian ilmu yang tidak putus-putus dalam kehidupan kita akan menjadikan kita lebih berilmu dan memudahkan diri kita membaik pulih dan menambah mana yang kurang pada pengalaman dan skil jualan kita dengan baik sama sekali.


vii.               Menjadikan kita sentiasa bersemangat
Guru motivasi dan pendorong semangat yang kuat datangnya adalah dari diri kita sendiri. kadang-kadang kita tidak sedar kerana kita terlalu sibuk memandang kejayaan orang lain sahaja sehingga kita merasakan orang lain tersebut adalah lebih baik dari diri kita sendiri. Tapi lain bezanya jika kita sendiri adalah insan yang sentiasa terdorong mahukan kejayaan sepertimana yang pernah orang lain kecapi dan lalui selama ini. Pasti sampai bila-bila kita tidak akan mahu menjadi seumur hidup kita sebagai seorang yang Pak Turut sahaja. 

viii.              Kita bersemangat lakukan jualan prospek/pelanggan akan turut merasakannya
Bila berhadapan dengan prospek/pelanggan yang ditemui apabila mereka nampak yang kita cukup bersungguh dan ceria dalam berhubungan dengan mereka bermakna kita juga turut alirkan keceriaan dan kesukaan kita kepada orang yang berada di hadapan kita. Bila prospek/pelanggan mempunyai mod yang baik dan tenang, bermakna peluang untuk mendapatkan penutupan jualan akan menjadi lebih cerah dan mudah lagi tanpa perlu merasa risau dan susah hati. Selagi kita ‘enjoy’ dengan apa yang kita lakukan bermakna prospek/pelanggan yang kita temui juga pasti akan turut sama merasakan ‘enjoy’ dari kita kelak.


Berubah untuk mendatangkan minat yang semula jadi menjadikan karier jualan sesuatu yang diminati dan mahu dilakukan dengan situasi dan berkeadaan yang cukup menghiburkan dan menggembirakan diri kita dengan lebih baik lagi. Sesuatu perkara yang kita sendiri minat , suka dan cintakan, dia pasti akan memberikan hasil yang terbaik buat diri kita juga. Jangan paksa diri kita kerana sesuatu yang dipaksa hasilnya tidak baik untuk di perolehi kerana kita memaksa diri kita melakukannya tanpa rela. Kerana hanya kerana gaji bulanan sahaja kita sanggup menipu diri kita yang kita katakan boleh melakukan jualan seperti mana yang diharapkan oleh organisasi tersebut. Berubahlah untuk kejayaan demi memastikan setiap langkah yang kita lakukan pasti mendatangkan hasil yang lumayan balik kepada diri kita sendiri. Oleh itu cintailah dan tanamkan minat yang semula jadi pada diri kita dalam kita menjadikan karier jualan ini sesuatu yang perlu kita hadapi dengan perasaan bangga dan seronok tanpa dipaksa atau disuruh-suruh.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan