Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 24 April 2012

Ayat-ayat contoh dapatkan REFERRAL


Bersama-sama ini disertakan beberapa contoh skrip yang boleh kita amalkan, pergunakan dan memberikan idea untuk kita meminta referral bagi tujuan masa hadapan. Antara skrip-skrip yang dinyatakan adalah

Contoh 1 :
Encik, menjadi satu keseronokan dan penghormatan dapat membantu encik selama ini. Saya mengharapkan agar saya mempunyai lebih ramai pelanggan seperti mana encik. Adakah encik mempunyai kawan-kawan, kenalan atau ahli keluarga yang encik ingin dan boleh perkenalkan kepada saya yang mungkin mahu mendengar lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami.

Contoh 2 :
Mungkin apa yang encik ketahui, mungkin ada rakan atau rakan sekerja yang mahu membuat satu langkah yang sama dalam masa yang terdekat ini.Boleh kita berkongsi sama siapa yang encik rasakan.

Contoh 3 :
Mungkin di masa kini encik belum perlu untuk menggunakannya tapi mungkin encik lebih mengetahui siapa yang encik kenali untuk mendapatkan perkhidmatan dari kami

Contoh 4 :
Boleh encik fikirkan di tempat kerja encik sesiapa lagi yang boleh saya berikan bantuan. Jika tidak keberatan bolehkah saya menghubungi mereka?

Contoh 5 :
Ada tak mana-mana rakan sekerja, jiran atau saudara mara encik yang berminat untuk mendengar tentang produk kami?

Contoh 6 :
Dr Ali, mungkin doktor lebih memahami mana-mana doktor yang boleh turut sama mendapat manfaat dari produk kami. Mungkin kalau tidak keberatan boleh saya menghubunginya?

Contoh 7 :
Encik sebagai Pengurus HR kat sini, saya merasakan mesti encik lebih mengetahui tentang keperluan kakitangan di bawah seliaan encik yang amat memerlukan bantuan dan menggunakan produk kami. Mungkin kalau tiada keberatan di sebelah encik dapat perkenalkan kepada saya untuk saya berikan bantuan kepada penyelesaian kewangan kepadanya atau sesiapa yang dirasakan amat memerlukannya.

Contoh 8 :
Tahniah di atas penerimaan tawaran dari kami,dan anda telah pun melakukan satu keputusan yang terbaik dalam hidup encik. Untuk pengetahuan encik, sumber utama kami dalam perniagaan adalah pihak pelanggan begitu berpuas hati terhadap perkhidmatan kami. Mungkin jika ada rakan-rakan anda atau saudara mara anda di sini, bolehkah encik perkenalkan mereka kepada kami, satu sama yang lain?

Contoh 9 :
Saya ingin memohon bantuan dari encik, jika tiada keberatan, bolehkah  saya dipanggil dan diperkenalkan diri saya dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada dua tiga orang  raka-rakan atau saudara mara encik? 

Jangan sama sekali kita melakukan jualan dengan cara yang susah dan sukar, sebaik-baiknya cuba cari jalan yang boleh mempermudahkan cara dan kaedah kita melakukan tugasan jualan kita. Tiada sebab selepas ini kita akan lebih sukar mendapatkan referral seperti mana yang diidamkan. Usaha yang berterusan dan konsisten pasti di perolehi jika kita tetap melakukannya tanpa mengenal penat lelah dan putus asa. Semakin lama melakukannya semakin mematangkan lagi permudahkan tugasan meminta dan memohon dari pelanggan kita sendiri. Selagi kita tidak melakukannya bermakna kita telah memberikan keizinan kepada pesaing kita pula untuk mendapatkan referral dari pelanggan kita sendiri. Amat mengecewakan jika perkara seperti ini berlaku kepada kita sendiri.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan