Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 10 April 2012

DENGAN SESIAPA PUN BOLEH DITAWARKAN?


Menurut Sean McPheat, motivator jualan, beliau merasakan betapa agar sukar untuk melakukan jualan kepada siapapun juga yang ditemui tanpa melakukan perancangan yang betul. Ini adalah kerana pada setiap produk yang ditawarkan dalam pasaran dipercayai pada permulaannya hanya akan membazirkan wang dan tidak memberikan apa-apa nilai dan pulangan kepada pembeli.  Lebih mengharukan  lagi seseorang pembeli yang berkeinginan untuk membelinya tetapi amat malang sekali jika produk yang ditawarkan pula tidak mencukupi atau dipenuhi. Walau bagaimanapun beliau sama sekali tidak akan membantu untuk melakukan jualan seperti ini jika penawaran tidak dipenuhi dan permintaan tidak dapat dicapai.

Pada pendapat beliau, sebagai seorang jurujual yang profesional, tugasan beliau adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang benar dan telus kepada pelanggan. Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk membantu orang melakukan pembelian dan tidak untuk menjual sahaja kepada mereka. Sama ada untuk bercakap atau memujuk seseorang kepada membeli sesuatu yang mereka pasti tidak menggunakannya, bermakna bukannya menyediakan perkhidmatan tetapi seolah-olah menyediakan satu amalan yang salah kepada pengguna.

Memang benar, bersungguh untuk meningkatkan lagi skil bagi mencari prospek. Kesungguhan tugasan beliau dalam mengemukakan soalan-soalan yang terbaik bagi mengenal pasti masalah sebenar keperluan pembeli. Secara konsisten mengasah kemahiran beliau untuk berkomunikasi bagi memberi motivasi dan dorongan dalam melakukan tindakan menyelesaikannya permasalahan mereka. Secara kesinambungan, melakukan latihan pasti boleh membantu pembeli menangani bangkangan mereka sendiri agar mereka dapat melakukan keputusan yang terbaik.

Kerana itu Sean McPheat tidak yakin boleh melakukan jualan pada semua orang yang ada. Ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya

i.                    Pencarian prospek
Seorang yang melakukan jualan secara profesional pasti melakukan tapisan dan saringan terlebih dahulu umpama seorang yang memanah melakukan panahan yang tepat pada sasarannya. Bagaimanapun pasti beliau tidak akan sama sekali melakukan jualan sewenang-wenangnya melakukan jualan kepada siapa sahaja yang ditemui. Yang penting akan melakukan jualan pada sesuatu kumpulan atau sasaran yang telah dikenal pasti berdasarkan kepada ciri-ciri dan kaedah-kaedah tertentu.

ii.                  Menanyakan soalan
Kemahiran dalam menanyakan soalan-soalan memudahkan lagi memahami dan mengetahui segala apa yang diperlukan oleh prospek/pelanggan. Masalah yang timbul adalah bagaimana untuk mencungkil atau mendalaminya, dan apa kaitan dengan produk yang ditawarkan kepada mereka, serta mencari soalan-soalan yang bersesuaian mengikut keadaan prospek/pelanggan yang ditemui

iii.                Pujukan
Sesiapa yang melakukan jualan pasti merasakan yang dia sama sekali boleh bercakap dengan petah dan mahir sekali. Tapi adakah dengan bercakap atau memanipulasikan keadaan berhadapan dengan pelanggan bagi menerima tawaran sesuatu yang boleh diambil kira padahal dia tidak memerlukan produk tersebut, adakah ia nya masih dianggap sebagai satu jualan?

iv.                 Penutupan jualan
Seseorang yang mendakwa boleh melakukan jualan kepada sesiapa sahaja pasti mempunyai apa juga jawapannya dan tahu pelbagai kaedah menangani bangkangan. Jika ia nya benar, kenapa sehingga kini masih tidak dapat melakukan jualan. Mengambil kira seperti gerai-gerai tepian jalan atau pasar malam yang menantikan kedatangan pelanggan dari kita yang terpaksa keluar mencari pelanggan dengan mendapatkan lima temu janji bagi mendapatkan dua penutupan jalan secara minimum? Masih adakah perlu mencari sesiapa sahaja tanpa saringan dan tapisan sepatutnya?

Jadi persoalannya masih bolehkah kita mendapatkan jualan sewenang-wenangnya dengan menjual kepada siapa juga. Di mana letaknya strategi mendapatkan pelanggan dengan mudah dan senang. Tugasan jualan perlu bermula dengan perancangan yang baik bagi memastikan kita boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan yang dikehendaki melalui beberapa cara dan kaedah yang perlu dan mesti supaya kegagalan dapat dikurangkan dan kebarangkalian mendapatkan penutupan jualan adalah tinggi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan