Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 2 April 2012

Satu perlakuan bagi membina rapport


Di samping itu antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan agar tidak sama sekali ditinggalkan dan dilupakan oleh kita adalah perlakuan-perlakuan asas yang tidak patut kita tinggalkan dan lupakan. Antaranya adalah


i.                     Kekalkan mod kita yang ceria dan bertenaga


ii.                   Bersalam


iii.                  Lihat matanya bukan merenung


iv.                 Sentiasa senyum dengan kemesraan dan bukan dipaksa-paksa


v.                   Kekalkan postur badan yang segar bukan lembik


vi.                 Kemukakan soalan-soalan pendek dan mudah difahami dan dijawab


vii.                Bertindak ikhlas dan jujur


viii.              Bersopan, berhemah dan merendah diri


ix.                 Jangan ditundukkan kepala seperti orang malu-malu kucing


x.                   Jangan sesekali menatap benda lain seperti komputer, tab atau telefon


xi.                 Jangan gopoh dan kelam kabut tetapi tenang dan meyakinkan


xii.                ‘silence’ kan telefon bimbit kita  


Walaupun ianya sesuatu yang asas dan mudah dilakukan tapi banyak mempengaruhi prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Kalau perkara-perkara yang asas seperti ini mampu untuk dilakukan janganlah sama sekali nak berangan untuk lakukan jualan dan penawaran produk yang lebih besar amaunnya pula. Sedangkan yang kecil tidak terjaga inikan pula sibuk nak lakukan yang besar-besar pula. Pastikan kita tahu untuk mengawalkannya terlebih dahulu supaya kehadiran kita di mata prospek/pelanggan tersebut cukup dihormati oleh mereka. Tindakan yang perlu dilakukan perlu selari dengan apa yang dirancang terlebih dahulu. Semakin ramai yang kita bina ‘rapport’ ini dengan prospek/pelanggan kita semakin melebarkan dan meluaskan lagi ruang untuk kita dalam melakukan penawaran produk bukan sahaja kepada mereka tetapi juga rakan sekerja dan kenalan mereka kepada kita. Jalinkan dan semaikan tali persahabatan yang baik dan mesra agar perhubungan yang terjalin ini berkekalan dan memudahkan lagi melakukan jualan kepada mereka.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan