Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 8 April 2012

D.U.I.T YANG MENGHASILKAN DUIT


Menggabungkan unsur-unsur D.U.I.T dalam diri bagi mempermudahkan lagi melakukan tugasan jualan apabila bertemu dengan siapa juga yang dikehendaki. Unsur-unsur tersebut adalah


D – DOA

Firman Allah bermaksud  “Dan berfirman Tuhan Mu “Memohonlah (berdoalah) kepada Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu.”  Surah Al-Mu’min, ayat 60

Kena amalkan dan jangan sama sekali ditinggalkan. Hanya kepada Allah sahaja yang layak untuk kita mengadu domba apatah lagi meminta sesuatu dari Nya. Setiap masa setiap ketika perlu dilakukan bukan setakat selepas solat sahaja. Yakin kepada diri yang Allah sentiasa bersama dan membantu kita di mana jua kita berada.

Berdoa kepada Allah agar

§  Dipermudahkan sentiasa dan jangan disukarkan

§  Memudahkan usaha kita melakukan jualan

§  Biarlah prospek/pelanggan yang ditemui sentiasa berlembut dan menerima kehadiran kita

§  Dibukakan pintu rezeki dengan seluas-luasnya


U – Usaha

Firman Allah bermaksud  Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).”  Surah Jumuah Ayat 10

Dah tahu sebagai satu tugasan yang diamanahkan apa lagi sudah menjadi satu tanggungjawab yang perlu diperhatikan yang sewajarnya untuk diri kita tunaikan. Tiada alasan dan tiada sebab untuk kita lari dari tugasan yang memerlukan kita melakukan jualan setiap hari membawa hasil yang diperlukan oleh majikan kita. Harapkan prospek/pelanggan sahaja yang datang jangan dinantikan sama sekali tetapi atas usaha kita sendiri untuk mendapatkan prospek/pelanggan tersebut.


 I – Ikhtiar

Firman Allah bermaksudDan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arah mu, supaya gugur kepada mu buah kurma yang masak. Surah Maryam Ayat 25

Perlu bekerja keras sedaya upaya dan tidak sama sekali mengharapkan bantuan dari orang lain. Kalau tidak dicuba manakan tahu hasilnya sama sekali. Jangan sama sekali mendengar atau mudah menerima pendapat orang semata-mata melainkan kita telah mencubanya terlebih dahulu. Selagi kita tidak mencubanya selagi itu pasti kita tidak mengetahuinya.


T- Tawakal

Firman Allah bermaksud Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.  Surah Ath Thalaq Ayat 3.


Penyerahan diri kepada Allah selepas kita melakukan tugasan jualan dengan sebaik mungkin berusaha keras mengikut perancangan dan strategi yang diatur. Semuanya telah dilakukan berserah diri hanya kepada Allah semoga apa yang kita lakukan diberkati dan dipermudahkan mendapatkan hasil seperti mana yang diharapkan. Jangan terlalu menyombong diri dan bertakbur sentiasa kerana tanpa izin Allah akan segala apa yang kita lakukan, sebaik mana yang kita rancang dan lakukan kuasa pemutus penamatnya adalah hanya dari Allah SWT sahaja penentunya.


Gabungan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal perlu diterapkan dalam tugasan melakukan jualan dalam memastikan kejayaan yang hakiki dan kekal dapat diterapkan dalam diri kita sejauh mana pun kita pergi. Jangan terlalu main logik akal sahaja kerana isi hati dalam prospek/pelanggan yang ditemui kita langsung tidak ketahui melainkan Allah SWT sahaja. Apa yang penting adalah kita tetap berusaha dan terus berusaha demi menjamin apa yang diperlukan dapat dicapai dengan apa yang kita kehendaki diikuti dengan hubungan spiritual kita ke hadrat Allah SWT. Sesungguhnya ganjaran dari Allah itu lebih besar dan hebat mengatasi dari segala-galanya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan