Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 26 April 2012

BERIKAN PENGHARGAAN


Jonathan Low
Mendengar ceramah tentang jualan oleh Jonathan Low ataupun dikenali J Lo dari Power up Success telah diberikan tugasan mengajar tentang melakukan jualan kepada semua pendengar-pendengar yang menghadirinya pada hari tersebut. Antara topik yang disentuh adalah berkenaan dengan ‘Bagaimana untuk melakukan pelanggan merasa ia nya cukup dihargai atau merasa gembira setelah menerima tawaran dari kita


Berdasarkan tajuk tersebut beliau telah memberikan satu contoh dari pengalaman yang beliau hadapi semasa membeli i-Phone di Amerika Syarikat baru-baru ini semasa menghadiri persidangan di sana. Menurut beliau, beliau merasa begitu terharu dengan layanan mesra yang telah diberikan dan ditunjukkan oleh kakitangan Apple Inc bukan sahaja semasa penerangan tawaran produk yang diberikan tetapi juga semasa beliau habis sahaja membayar bil pembelian telefon yang mana sehingga kini kenangan tersebut cukup sukar beliau lupakan.

Ayat penghargaan yang telah diberikan oleh kakitangan Apple Store apa ketika itu kepadanya adalah seperti berikut :

Tahniah di atas kesudian saudara membuat keputusan yang tepat bagi membeli barangan keluaran  kami sebuah telefon i-Phone untuk kegunaan saudara. Kami berasa cukup berbangga dan mengucapkan selamat datang menyertai ke dunia dan ahli keluarga Apple

Apa yang dirasakannya ketika itu? Menurut beliau, beliau begitu terkejut dengan kenyataan yang diberikan dan merasa cukup berbangga ketika itu dengan memiliki barangan jenis Apple yang baru dibelinya. Terasa ketika itu beliau begitu dihargai dan cukup diberi penghormatan yang amat besar kepadanya.

Alangkah baiknya jika kita yang melakukan jualan juga mengucapkan dan melakukan perkara yang sama memberikan satu penghargaan yang besar kepada pelanggan-pelanggan kita setelah pelanggan-pelanggan kita menerima tawaran yang ditawarkan kepada mereka. Elakkan dari mengatakan terima kasih sahaja kepada mereka tetapi perkatakanlah satu penghargaan yang boleh memberikan satu implikasi dan kesan untuk satu jangka masa yang panjang kepada pelanggan-pelanggan tersebut. Tidak mustahil untuk dilakukan demi memberikan satu penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kita.






Read more >>

Rabu, 25 April 2012

Macam-macam Alasan akan kedengaran




Dikemukakan 15 alasan-alasan yang sering kedengaran apabila jualan sukar di laksanakan


i.                     Leads yang ada tidak mencukupi

 ii.                   Setiap kali menghubungi prospek pasti mereka tidak mahu berurusan

iii.                  Persaingan terlalu kuat di pasaran

iv.                 Produk yang ditawarkan tidak kompetitif

v.                   Macam mana nak dapat komisen jika ‘threshold’ nya tinggi sesangat

vi.                 Sistem ‘delivery’ slow sangat sehingga pelanggan marah-marah dan tidak percaya lagi

vii.                Pengurusan asyik menekan saya sahaja sehingga saya tiada kreativiti melakukan jualan

viii.              Asyik mesyuarat sahaja setiap pagi macam mana nak bertemu dengan pelanggan?

ix.                 Balik-balik report, report, report, bila masa nak buat sales ni?

x.                   Banyak sangat produk yang hendak dijual, yang mana satu nak fokus kalau macam ni

xi.                 Semua nak kena buat dari A hingga ke Z

xii.                Kenapa saya kena gerak sendirian sahaja melakukan jualan?

xiii.              Tunggu sahaja ‘walk in customer’ lebih mudah dan senang untuk berinteraksi

xiv.              Gaji dah ada setiap bulan, buat apa fikir nak dapat komisen

xv.               Eleh nak kena marah pun bos kita kalau target tak achieved, buat tak tahu jer....

Berbaloi kah alasan seperti di atas ini? Adakah perjuangan melakukan jualan penuh dengan sandiwara dan mewujudkan alasan-alasan yang istimewa asalkan kita semua boleh melepaskan diri begitu sahaja walaupun dalam masa untuk jangka pendek sahaja. Adakah kepuasan begini yang kita cari selama ini?

Jangan sama sekali menyalahkan orang lain dan keadaan sekeliling tetapi jadikanlah ia sebagai satu cabaran, dugaan dan kesilapan dari diri kita sendiri yang masih dan gagal untuk diperbetulkan. Ada hikmah nya di setiap kejadian yang berlaku, sentiasa bermuhasabah dan pertingkat kan semula prestasi kita di setiap masa dan ketikanya. Tepuk dada tanyalah selera. Antara madu atau racun yang perlu di pilih. Segala kita yang tentukan.

Read more >>

Selasa, 24 April 2012

Ayat-ayat contoh dapatkan REFERRAL


Bersama-sama ini disertakan beberapa contoh skrip yang boleh kita amalkan, pergunakan dan memberikan idea untuk kita meminta referral bagi tujuan masa hadapan. Antara skrip-skrip yang dinyatakan adalah

Contoh 1 :
Encik, menjadi satu keseronokan dan penghormatan dapat membantu encik selama ini. Saya mengharapkan agar saya mempunyai lebih ramai pelanggan seperti mana encik. Adakah encik mempunyai kawan-kawan, kenalan atau ahli keluarga yang encik ingin dan boleh perkenalkan kepada saya yang mungkin mahu mendengar lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami.

Contoh 2 :
Mungkin apa yang encik ketahui, mungkin ada rakan atau rakan sekerja yang mahu membuat satu langkah yang sama dalam masa yang terdekat ini.Boleh kita berkongsi sama siapa yang encik rasakan.

Contoh 3 :
Mungkin di masa kini encik belum perlu untuk menggunakannya tapi mungkin encik lebih mengetahui siapa yang encik kenali untuk mendapatkan perkhidmatan dari kami

Contoh 4 :
Boleh encik fikirkan di tempat kerja encik sesiapa lagi yang boleh saya berikan bantuan. Jika tidak keberatan bolehkah saya menghubungi mereka?

Contoh 5 :
Ada tak mana-mana rakan sekerja, jiran atau saudara mara encik yang berminat untuk mendengar tentang produk kami?

Contoh 6 :
Dr Ali, mungkin doktor lebih memahami mana-mana doktor yang boleh turut sama mendapat manfaat dari produk kami. Mungkin kalau tidak keberatan boleh saya menghubunginya?

Contoh 7 :
Encik sebagai Pengurus HR kat sini, saya merasakan mesti encik lebih mengetahui tentang keperluan kakitangan di bawah seliaan encik yang amat memerlukan bantuan dan menggunakan produk kami. Mungkin kalau tiada keberatan di sebelah encik dapat perkenalkan kepada saya untuk saya berikan bantuan kepada penyelesaian kewangan kepadanya atau sesiapa yang dirasakan amat memerlukannya.

Contoh 8 :
Tahniah di atas penerimaan tawaran dari kami,dan anda telah pun melakukan satu keputusan yang terbaik dalam hidup encik. Untuk pengetahuan encik, sumber utama kami dalam perniagaan adalah pihak pelanggan begitu berpuas hati terhadap perkhidmatan kami. Mungkin jika ada rakan-rakan anda atau saudara mara anda di sini, bolehkah encik perkenalkan mereka kepada kami, satu sama yang lain?

Contoh 9 :
Saya ingin memohon bantuan dari encik, jika tiada keberatan, bolehkah  saya dipanggil dan diperkenalkan diri saya dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada dua tiga orang  raka-rakan atau saudara mara encik? 

Jangan sama sekali kita melakukan jualan dengan cara yang susah dan sukar, sebaik-baiknya cuba cari jalan yang boleh mempermudahkan cara dan kaedah kita melakukan tugasan jualan kita. Tiada sebab selepas ini kita akan lebih sukar mendapatkan referral seperti mana yang diidamkan. Usaha yang berterusan dan konsisten pasti di perolehi jika kita tetap melakukannya tanpa mengenal penat lelah dan putus asa. Semakin lama melakukannya semakin mematangkan lagi permudahkan tugasan meminta dan memohon dari pelanggan kita sendiri. Selagi kita tidak melakukannya bermakna kita telah memberikan keizinan kepada pesaing kita pula untuk mendapatkan referral dari pelanggan kita sendiri. Amat mengecewakan jika perkara seperti ini berlaku kepada kita sendiri.





Read more >>

Isnin, 23 April 2012

PENDEKATAN MENDAPATKAN REFERRAL


Pastikan apabila seorang pelanggan telah berjaya kita perolehi, minta tolong sangat-sangat agar kita tidak mudah melupakan diri kita untuk memohon referral dari pelanggan tersebut. Kebiasaannya mendapatkan referral dari pelanggan yang telah sedia ada menerima bantuan dan pertolongan dari kita lebih mudah untuk diberi penerangan dan mendapatkan penutupan jualan darinya jika dibandingkan dengan prospek-prospek yang kita hubungi semasa melakukan tele marketing. Masa dapat dijimatkan disamping kos-kos yang timbul boleh dikurangkan.

Antara pendekatan terbaik untuk mendapatkan referral dari pelanggan ini adalah dengan kaedah

i.                    Pendekatan secara langsung (Direct Approach)

Semasa pelanggan telah menerima tawaran kita dan semasa kita berhadapan dengan pelanggan, di waktu ini adalah masa yang cukup sesuai mendapatkan referral dari beliau tanpa perlu berselindung dan ragu-ragu. Lagi cepat tindakan kita adalah lebih baik memandangkan pelanggan didalam mod yang ‘happy’ dan senang.

ii.                  Diam seketika

Pastikan jangan terus menerus bercakap dan berkata-kata. Sebaik-baiknya selepas menanyakan referral dari pelanggan tersebut, senyap seketika amat diperlukan.

iii.                Elakkan malu untuk meminta

Demi kerjaya kita jangan sama sekali malu atau segan untuk meminta. Selagi kita tidak lakukan selagi itu kita tidak akan ketahui hasilnya. Berusaha untuk meminta dan bukannya menunggu peluang begitu sahaja.

iv.                 Tunjukkan keikhlasan untuk membantu

Apabila kita ikhlas orang yang berada di hadapan kita secara automatik juga akan ikhlas kepada kita. Jangan menyombong dan berlagak kerana tiada siapa yang ingin membantu jika kita dalam berkeadaan tersebut. Terlalu mendesak juga akan menyebabkan kita akan hilang peluang begitu sahaja. Berhati-hati dalam tindakan.

Peluang yang datang jangan dilepaskan. Kena usaha mencari dan terus mencari. Tiada yang semudah di jangkakan. Rajin buka mulut pasti ada hasilnya. Kena minta kena pohon. Kalau rasa terbeban dan menyusahkan sampai bila tak akan dapat apa yang di hajati. Usahakannya sehingga berjaya. 






Read more >>

Sabtu, 21 April 2012

Kenapa Perlu Membantu apabila Menjual


Antara sebab-sebabnya kenapa kita amat dituntut melakukan bantuan kepada orang lebih memerlukan kepada untuk melakukan jualan apabila bertemu dengan prospek/pelanggan adalah disebabkan


i.                   hanya dengan menunjukkan dan memaklumkan produk yang ditawarkan sebagai satu jalan penyelesaian yang boleh menyelesaikan permasalahan beliau jika menerima produk yang ditawarkan.







ii.                   Tunjukkan dan buktikan yang kita amat prihatin dengan masalah mereka

 






iii.                 Nyatakan bukan kedatangan kita sebagai orang yang inginkan komisen dan pendapatan tambahan sebagai matlamat utama







iv.                 Membolehkan kita perbetulkan dahulu iktikad untuk diri sendiri sebelum berhadapan dengan prospek/pelanggan






v.                   Ikatan silaturahim dan ukhuwah dapat dibina dengan baik dan dalam satu jangka masa yang panjang. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Seorang menjadi kuat kerana banyak kawannya” Hadis Riwayat Ibnu Abi Ad Dunia dan Asyyihaab





vi.                 Apabila kita ingin membantu sekurang-kurangnya meredakan ketegangan pada prospek/pelanggan






vii.                Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Pertolongan mu terhadap orang lemah adalah sedekah yang paling afdal” Hadis Riwayat Ibnu Abi Ad Dunia dan Asysyihaab







viii.              Jualan berulang dan memohon referral lebih mudah untuk didapati lagi.

 
 
 
 
 
 
 
Inilah sebabnya kenapa kena hulurkan bantuan dahulu dari bercita-cita melakukan jualan terlebih dahulu. Kenal pasti apa masalah yang membebankan prospek/pelanggan menanggung masalah yang dihadapinya terlebih dahulu supaya kita mudah dan senang mencari jalan penyelesaiannya disesuaikan dengan apa produk yang ingin ditawarkan. Jangan berputus asa tapi cekalkan hati dan bersabar sentiasa agar setiap jualan yang dilakukan perlu diniatkan untuk membantu orang terlebih dahulu. Semakin banyak yang dapat kita bantukan kepada orang lain semakin tinggi harapan kita bagi memperolehi pendapatan yang diidamkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Read more >>