Bila dah bersua dan bertemu, menjual pasti
dilakukan. Itulah adat orang menjual tidak kira siapa pun yang ditemuinya sudah
pasti membuka mulut untuk menjual. Tarik minat dan kefahaman mereka untuk
bersetuju menerima tawaran yang ditawarkan. Itulah perjuangan dalam menjual,
tak kenal maka tak cinta, dah cinta nak tunggu apa lagi. Berusaha terus
berusaha asalkan hasil boleh dinikmati.
Timbul masalah apabila bersungguh-sungguh
lakukan jualan di hadapan seseorang tiba-tiba sahaja diri kita yang menjual
telah terjual pula. Terjual disebabkan rupanya orang yang di hadapan kita
sebenarnya seorang yang menjual juga. Sepatutnya kita yang memulakan dulu, di
akhir cerita kita yang mendapatkan penutupan jualan tapi agak malang, rupanya
di akhir perjalanan jualan penutupan jualan pergi ke bakal pembeli pula
rupanya.
Ini yang di khuatir kan. Jadi terbalik pula
jadinya. Konon-konon nak dapat untung tapi kita pula yang keluar modal menerima
tawaran yang dikemukakan kepada kita. Banyak sebabnya kenapa boleh berlaku
sedemikian rupa. Antaranya adalah kerana
1.
Mudah hilang fokus dalam menjual
2.
Sifat kasihan kita pada orang lain terlalu
tinggi. Mudah berlembut hati
3.
Tawaran yang dikemukakan kepada kita
sememangnya menarik minat kita
4.
Tidak terdaya untuk memberikan bangkangan
secara berhemah
5.
Mudah terpaku dan tertarik dengan olahan
bahasa mereka
Apa yang berlaku jadikan sebagai satu
iktibar dan pengajaran yang berguna buat kita. Dah berlaku dan terjadi dah. Tak
boleh nak buat apa pun. Belajar dari mereka yang berjaya menarik minat kita
menerima produk mereka yang mungkin boleh kita pergunakan pada masa hadapan
pada orang lain pula. Ada hikmatnya apa yang telah dilalui ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan