Pat pat siku lipat, siapa cepat pasti dia yang dapat. Ungkapan yang sering
kita dengari bila bertemu dengan orang yang dah berumur pasti akan memaklumkan
kepada kita merebut segala peluang yang ada dan tersedia untuk kita genggam dan
dapatkan secepat yang mungkin. Bukan tidak ada yang boleh melakukannya cuma
memastikan mengelakkan diri dari terleka dan terlena. Rugi kalau tidak
dimanfaatkan peluang yang berada di hadapan mata.
Begitulah peluang atau oportuniti yang perlu kita peroleh secepat yang
mungkin dalam melakukan jualan. Rugi besar kalau peluang yang terhidang di hadapan
mata di persia-sia begitu sahaja. Pasti merah biji mata kita menyesal tak sudah
tengok pesaing kita pula yang merebut peluang tersebut dari kita yang berada di
hadapan mata kita pula ketika itu.
Rebutlah peluang jangan di biarkan sama sekali. Ingat peluang yang
dimahukan terpaksa dilakukan dengan cara
i.
Cari segala peluang dari setiap sudut dan
ketika. Jangan dibazirkan sama sekali
ii.
Rebut peluang secepat yang mungkin. Peluang
tidak menunggu kita kerana siapa yang cepat pasti dia yang dapat.
iii.
Curi peluang kerana setiap peluang yang ada
sudah pasti tiada siapa pun pemilik sahnya. Hanya mereka yang bijak dan cerdik
sahaja yang mampu pergunakan peluang tersebut untuk dicuri menjadi hak milik.
iv.
Ambil peluang bukan untuk dibiarkan apa tah
lagi untuk disedekahkan pula. Dah di depan mata kaut sebanyak dan secepat yang
mungkin.
v.
Sediakan peluang dengan rajin membuka
aktiviti jualan. Tiada aktiviti macam mana nak dapatkan peluang yang tersedia.
Terus-terusan berikhtiar kerana usaha itu tangga kejayaan.
Jangan di tangguh dan ditunggu lagi. Bertindak segera dan pantas. Setiap
peluang yang ada bukan datang bergolek dan berkali-kali. Pergunakan sebaik
mungkin menghidu peluang yang mendatang kerana
Yang pandai akan curi peluang
Yang rajin akan kutip peluang
Yang lambat akan terlepas
peluang
Yang malas pasti tiada peluang
Pergunakan sebaik mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan