Bila berkehendakkan.....
Sudah pasti
kesungguhan akan dilakukan demi mencapai keinginan dan kemahuan yang dimahukan.
Bukan nak menggila atau menunjuk tapi itulah semangat yang perlu ada bagi
memastikan keupayaan untuk mencapainya. Biarlah pelbagai rintangan dan dugaan
serta halangan yang perlu dihadapi namun semuanya sudah pasti boleh diatasi
dengan berlapang dada walaupun apa pun yang berlaku.
Bila berkehendakkan.......
Tidak kira siapa
pun di hadapan kita, membujur lalu melintang patah akan kita lakukan. Apa yang
dirancang dan bermatlamatkan diusahakan dengan sebaik mungkin. Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Inilah yang dilakukan asalkan
apa yang dimahukan menjadi satu realiti bukan fantasi mengikut rasa hati
bukannya mengikut orang.
Bila berkehendakkan........
Biarlah apa
pun orang lain nak perkatakan. Hayun sampai berjaya. Orang kata gila atau
mustahil pun tidak di pedulikan asalkan ada kemahuan dan keinginan sudah pasti
boleh dicapai dan diperoleh. Bersemangat waja tidak mengenal erti putus asa dan
kecewa. Tiada langsung istilah tak apa atau nanti dulu menangguhkan tindakan
dan hasrat. Penting dilakukan secepat yang mungkin asalkan keputusan akhir
mampu diperoleh.
Inilah yang
dimahukan dalam melakukan jualan. Berkeinginan dan bersemangat untuk
melakukannya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam atau mengikut apa yang orang
lain lakukan. Berani bertindak bersendirian berdasarkan gerak hati, kemahuan
dan ilmu yang ada di dada. Buang jauh-jauh sebarang alasan dan ulasan tapi
usahakan sepenuh hati sampai berjaya. Kejayaan milik kita bukan milik orang
ramai pun. Tunggu apa lagi berusahalah hingga titisan kudrat yang terakhir....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan