Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 21 Mac 2015

TEMUJANJI JANGAN DI PANDANG MUDAH


Pasti merasa gembira bila temu janji dapat ditetapkan. Apa tidaknya peluang untuk mendapatkan penutupan jualan terbuka luas di hadapan mata nanti. Ini belum melakukan lagi presentasi yang diperlukan. Semuanya mendatangkan keyakinan diri bahawa 90% peluang telah terbuka luas. Menanti waktu dan hari untuk melaksanakannya pula.

Jangan terlalu yakin. Terlalu yakin pasti akan meranapkan dan menjahanamkan impian kita untuk mendapatkan penutupan jualan. Bertenang dahulu. Fikirkan persiapan terbaik kita sebelum temu janji itu dapat dilangsungkan. Fikirkan kenapa temu janji tersebut mudah sangat di
peroleh. Mungkin disebabkan

1.    Bakal pembeli telah pun menemui pelbagai pesaing kita

2.   Bakal pembeli senang nak lakukan perbandingan produk, harga dan perkhidmatan

3.   Sengaja nak menguji kita dalam kita melakukan jualan

4.   Pesaing semua sudah tidak mahu berurusan dengan bakal pembeli yang bakal kita temui ini

5.   Bakal pembeli terlalu cerewet semuanya tidak kena dengan apa yang beliau cari selama ini

Bertenang dan sabar dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal digalas. Jangan fikirkan yang negatif tetapi bersangka baik sentiasa. Sentiasa fokus dan beri tumpuan untuk lakukan yang terbaik asalkan jangan terlalu yakin untuk mendapatkan penutupan jualan dengan mudah. Sekurang-kurangnya bila telah mendapat temu janji ini sebenarnya peluang terbaik buat kita memberikan penerangan sewajarnya untuk membantu mereka selesaikan segala masalah mereka menerusi produk yang ditawarkan.


Usaha tangga kejayaan. Lakukan di landasan yang betul bukan merapu yang kita berikan. Bila kita fokus bermakna kita sepenuh hati akan melakukan yang terbaik buat kita di hadapan bakal pembeli yang kita temui. Asalkan yang terbaik kita berikan sudah tentu hasilnya nanti akan turut sama menjadi baik buat diri kita juga. Yakin kita boleh melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan