Terngiang-ngiang dibuatnya apabila hanya seketika sahaja kita gagal
mendapatkan penutupan jualan. Merasakan pada mulanya bakal pembeli bersetuju
untuk menerimanya namun apakan daya rupanya hancur luluh dan lebur dibuatnya
begitu sahaja. Hanya sedikit kelalaian walaupun seketika berapa banyak pula
kita akan menanggung kerugian.
Inilah yang perlu untuk kita elakkan ia sama sekali. Setelah penat bertemu,
berinteraksi, memberikan presentation yang terbaik, menerangkan
penerangan yang sewajarnya namun hasil yang sepatutnya hilang begitu sahaja.
Alangkah ruginya. Buang masa dan tenaga sahaja. Mungkin apa yang telah kita
lakukan tanpa kita sedari membuatkan bakal pelanggan mengubah fikiran tidak
bersetuju apabila
1. Tidak
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bakal pelanggan tersebut.
2. Keadaan kelam
kabut berlaku kebetulan ada bakal pelanggan lain yang terpaksa kita melayani
sama.
3. Berfikir
sejenak mencari jawapan yang tiada kepastiannya boleh ataupun tidak.
4. Melayan
deringan telefon yang mendatang secara tiba-tiba.
5. Tidak
memberikan ruang dan peluang kepada bakal pembeli mengemukakan apa yang mereka
mahukan dan inginkan.
6. Intonasi suara
dan gerak badan yang tidak digemari oleh bakal pembeli tersebut tanpa kita
sedari.
7. Terlalu
fikirkan untung yang bakal diterima sehingga menjejaskan diri untuk membantu
dan menolong bakal pembeli di hadapan kita selesaikan permasalahan yang mereka
tanggung selama ini.
Ruginya rasanya kalau perkara yang dinyatakan seperti di atas tidak sama
sekali diperbetulkan segera. Kerana waktu yang sekejap dan seketika sememangnya
masih boleh lagi untuk kita akan kehilangan seorang bakal pembeli begitu
sahaja. Muhasabah sentiasa perbetulkan diri mana yang masih tidak kena lagi
agar kita tahu tidak sama sekali diulang kan lagi dan lagi di masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan