Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 15 Mac 2015

PER DAYA SEHINGGA BILA?


Sejauh mana kita mampu untuk per daya seseorang meyakini apa yang ditawarkan padanya? Perlu kah kita sampai menipu dan berbohong semata-mata melariskan jualan produk yang dijual? Inilah persoalan yang perlu kita dengan telus dan tulus memberikan jawapannya pada diri kita sendiri. Berapa lama kita perlu melakukannya? Kena ingat dosa pahala. Jangan sibuk fikirkan kepentingan sendiri dan mengaut untung yang maksimum sehingga sanggup kita gadaikan melakukan perkara yang terkeji dan tidak dituntut dalam Agama. Mungkin sekali dua kita lepas dan seronok melakukannya namun apabila tembelang dah pecah dan riuh orang perkatakan nanti sudah pasti tak cukup tanah pula untuk kita melarikan diri pula.

Elakkan kita suka menipu, berbohong dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Melakukan tugasan biarlah untung di dunia mahupun juga untung di akhirat. Lakukan sebaik mungkin secara jujur dan ikhlas dan membantu mereka yang mahukan produk yang ditawarkan dengan sebaik mungkin selesaikan masalah mereka.

Jangan syok sendiri tapi sentiasa fikirkan tentang diri mereka sama. Tiada siapa di dunia ini mahu menanggung kerugian. Kita tolong dan bantu mereka agar mereka tolong dan bantu kita pula menerima produk yang kita jual dan tawarkan kepada mereka. Buatlah sebaik mungkin insyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita membantu kita mencapai apa yang kita idam dan mahukan selama  ini. Yakinilah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan