Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 26 Mac 2015

BUKAN HAK MUTLAK KITA


Bukan mudah nak meyakinkan bakal pembeli. Semuanya bergantung pada mereka sama ada mahu atau tidak untuk menerimanya. Tiada kuasa langsung pada kita untuk memastikan setiap apa yang kita tawarkan, persembahkan dan tunjukkan pada mereka akan pasti membolehkan mereka untuk menerimanya bulat-bulat seratus peratus setuju dengan apa yang kita maklumkan. Terimalah hakikat sebenarnya bahawa pendirian mereka adalah hak mutlak mereka dan tidak sama sekali hak mutlak kita yang menentukannya.

Umpama orang berdakwah, hidayah milik Allah bukan milik pendakwah. Penting dalam berdakwah jangan sama sekali berputus asa merasa kecewa dan dukacita jika mereka masih enggan untuk menerima apa yang telah didakwahkan. Mustahaknya adalah usaha pendakwah masih berterusan berdakwah kepada mereka tanpa seberang titik noktah. Mereka terima atau tidak bukan persoalannya. Sebab itulah usaha yang konsisten dan bersungguh perlu dilakukan agar kejayaan yang dimahukan pasti satu hari nanti milik pendakwah itu menggapai kejayaan.

Inilah tugasan dalam menjual, usaha perlu ada untuk memikat dan menarik minat serta perhatian mereka akan apa yang ditawarkan. Mahu atau tidak kita bukan ada kuasa untuk menentukan dan memastikan mereka sentiasa menerima tawaran yang di kemukakan. Alangkah seronoknya menjual kalau di dunia ini dengan siapa pun juga kita menjual mereka seratus peratus menerima apa yang ditawarkan. Boleh goyang kaki begitu.

Inilah cabarannya. Perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan asalkan jangan ada yang mudah putus asa dan kecewa dalam melakukannya. Setiap apa juga yang kita lakukan sudah semestinya akan ada cabaran, dugaan, rintangan dan pelbagai masalah yang perlu ditempuhi. Berikan yang terbaik jujur ikhlas setiap masa dalam melakukan jualan. Pikat mereka dengan kejujuran dan kesungguhan bukannya main sambil lewa tak tentu hala. Usaha yang betul pasti akan membuahkan hasil yang betul juga. Yakinilah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan