Ada sahaja yang menghalang dalam melakukan
jualan. Kena tahu apa penghalangnya agar pemikiran kita mudah menerima dan
mengatasi dengan cara baik. Jangan mudah mengeluh apatah lagi putus asa dan
kecewa. Atasi segala halangan yang timbul hanya dengan melakukan
i.
Dalami ilmu dan fahaminya dengan sebaik
yang mungkin. Segala apa yang kita lakukan kena ada ilmu pengetahuan untuk
melakukannya. Kalau merasa segan dan malu kena belajar atasinya. Ilmu yang ada
umpama setitik air yang menitik di lautan. Begitulah ilmu cukup banyak dan
sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan situasi. Kena pandai kenal pasti
ilmu tersebut agar kita sentiasa menjadi seorang yang berilmu bukan cukup
dengan apa yang telah ada dalam diri kita sahaja.
ii.
Rajinkan diri melakukan latihan demi
latihan agar kesempurnaan dan keyakinan diri dalam melakukan jualan boleh
diperoleh. Pengalaman adalah guru terbaik mengajar kita kepada kesempurnaan
dalam menjual. Berlatih bersama rakan sekerja atau di hadapan cermin juga
dikira sebagai satu latihan yang mampu mendewasakan lagi kita dalam bidang
jualan. Jangan mudah riak dan rasa tinggi diri merasakan kita dah cukup terror
dan hebat dalam bidang jualan ini.
iii.
Jangan terlalu pelik dari orang dalam
melakukan jualan. Buat seperti biasa sahaja walaupun kreativiti amat
diperlukan. Memang dituntut melakukan jualan terdapat kehebatan dalam menjual
mengatasi pesaing lakukan sama. Cuma elakkan dari terlalu pelik dan bukan-bukan
yang boleh mengakibatkan bakal pembeli atau pelanggan merasa terkejut pula
dengan kelakuan kita melakukan jualan.
iv.
Umur bukan penyebab faktor utama mencapai
kejayaan dalam melakukan jualan. Dalam bidang jualan siapa yang rajin dan
bersungguh-sungguh mahukan kejayaan pasti boleh berjaya mendapat apa yang
dimahukan. Selagi difikirkan umur yang ada selagi itulah kita akan sukar
melakukan jualan. Buat sahaja asalkan kerajinan dan kesungguhan tetap ada
tersemat dan mahu untuk melakukannya.
Jualan adalah suatu yang memang cukup
subjektif untuk dibicarakan. Semuanya bergantung kepada sikap yang positif dan
berbaik sangka dalam melakukannya. Tidak mudah menyerah kalah apatah lagi
merasa kecewa dengan apa yang dilalui. Kecekalan dan ketabahan diri amat
penting agar melakukan jualan sentiasa konsisten dan ada kesinambungannya akan
apa yang telah dilakukan. Berikan yang terbaik agar hasil yang terbaik akan
mudah juga kita peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan