Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 12 Mac 2015

5 TINDAKAN SEGERA TINGKATKAN SKIL MENJUAL


Sesuatu perkara kalau difikirkan sukar dan susah sudah pasti akan menjadi payah dan memayahkan untuk dilakukan sama sekali. Seolah-olah satu bebanan pula untuk melakukannya walaupun minat itu sudah tertanam dan tersedia sama sekali. Inilah halangan yang perlu kita lakukan agar minat yang bersemadi dan tersemat dalam dada sudah pasti dapat dilakukan dengan hati yang senang untuk melakukannya.

Terdapat cara mudah bagaimana untuk per tingkatkan skil jualan yang kita mahukan. Diamalkan sudah pasti sedikit sebanyak akan nampak perubahan pada diri kita bagaimana untuk melakukannya. Jangan rasa leceh pula kerana ilmu Allah ini Maha Luas. Kalau kita rajin mencarinya sudah tentu akan ada jawapannya yang akan kita peroleh.  Nak lakukan jualan bukan seperti membuang buah dadu atau melontar sekeping syiling untuk mengetahui nasib pula. Semuanya bergantung kuat pada kita sama ada untuk melakukannya ataupun tidak.

5 tindakan segera yang perlu kita lakukan adalah

1.    Jangan berasa malu untuk bertanya kepada mereka yang berjaya telah melakukannya. Rendahkan diri mohon bantuan dan pertolongan mereka bertanyakan bagaimana mereka telah melakukannya sehingga berjaya. Segala ilmu yang diperoleh manfaatkan sebaik mungkin agar boleh kita pergunakan sama sekali.

2.   Belajar dari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sudah pasti kita sedaya upaya perbetulkan sebaik mungkin agar tidak sama sekali diulangi sekali lagi. Sejauh mana diperbetulkan sedalam itulah pengalaman kita menjual boleh kita peroleh. Jangan berputus asa dan kecewa kerana setiap pengalaman yang ditempuh adalah guru sejati buat kita.

3.   Rajin-rajinkan menyediakan masa dan waktu yang bersesuaian untuk terus-terusan membaca buku, artikel, rencana yang berkaitan dengan apa yang kita mahukan tanpa ada rasa titik noktah sama sekali. Terus-terusan lakukan menjadikan satu tabiat yang kekal abadi sampai bila-bila sekalipun menimba ilmu walaupun di mana jua kita berada.

4.   Jangan berhenti berlatih secara persendirian, bersama rakan sekerja mahupun secara realiti di hadapan bakal pembeli. Lakukan sebaik mungkin setiap latihan yang dilalui dan mengkaji semula mana-mana kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan semula dengan segera. Bila telah diperbetulkan pastikan jangan diulangi lagi kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan pula.

5.   Bersedia dengan hati yang terbuka berlapang dada apabila ditegur baik secara lembut mahupun secara kasar. Adat orang yang mahu belajar walaupun rakan sekeliling mengatakan kita telah pakar eloklah menjadi seperti resam padi, semakin berisi semakin tunduk dibuatnya. Kita manusia bukannya sempurna sudah pasti ada sahaja kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita untuk diperbetulkan dari masa ke semasa.


Bersungguhlah dalam kita melakukannya apabila kita menceburi bidang jualan yang kita lakukan ini. Bersangka baik berfikiran positif agar karier yang kita ceburi ini tidak tersangkut di tengah jalan atau hangat-hangat tahi ayam sahaja. Per tingkatkan skil dan kemahiran yang ada agar apabila kita melakukannya keyakinan diri tetap ada untuk melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan