Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 5 Mac 2015

MENJAGA REFERRAL



Cukup menggembirakan andai kata kita memohon kepada pelanggan untuk mendapatkan referral telah diterima dengan hati terbuka oleh mereka. Memberikannya kepada kita amat bermakna sama sekali. Tidak perlu bersusah payah memikirkan mana hendak mendapatkan bakal pelanggan lagi. Semuanya telah tersedia dan memudahkan lagi tugasan kita untuk menjual kepada pelanggan yang baru pula.

Cuma bezanya dengan referral yang diterima pasti memudahkan lagi tugasan dalam menjual kerana pelanggan yang perkenalkan referral tersebut kebiasaannya akan menceritakan kepada mereka terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya cerita awal mengenai diri dan produk kita telah pun mereka ketahui.

Pastikan apabila memperoleh referral kita melakukan perkara-perkara seperti berikut

1.    Bersikap tanggungjawab
Bertanggungjawab dengan nama-nama referral yang diperkenalkan. Simpan rahsianya dari diketahui orang lain. Bertanggung jawab dalam menghubunginya bukan baru dah sebulan ada masa hendak menghubunginya pula. jaga nama baik dan tahap perkhidmatan kita bukan setakat pada pandangan referral yang diperoleh tetapi juga pada pemberi referral tersebut.

2.   Lakukan susulan
Bertindak segera. Lagi cepat lagi bagus. Sekali kita bertangguh selagi itu akan berat untuk melakukannya. Setiap oportuniti jangan dibiarkan terlepas begitu sahaja. Genggam betul-betul agar hasilnya boleh kita nikmati segera.

3.   Berikan penghargaan
Jangan lupa diri ucapkan terima kasih pada orang yang memberikan nama-nama referral yang diterima. Orang dah tolong, belajar bersyukur pada Allah dan yang memberi bantuan. Berhemah dan merendah diri agar di masa hadapan masih ada lagi orang yang sudi untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan.

4.   Tunaikan janji
Tepati janji kepada pemberi referral. Hubungi dan bantu referral yang diberikan. Tunjukkan kesungguhan kita dan bukan meminta kosong memenuhi syarat sahaja.

5.   Hulurkan bantuan
Selesaikan masalah mereka dengan produk yang ditawarkan. Buktikan dan tunjukkan bahawa segala apa yang kita perkatakan benar-benar layak untuk mereka pertimbangkan betapa perlunya produk kita terhadap mereka.

Jangan syok sendiri dapat referral tapi tidak pergunakan sebaik mungkin. Berikan perhatian sewajarnya sebagaimana sasaran pelanggan yang lain. Buktikan dan tunjukkan yang kita benar-benar mahukan referral yang diberikan. Jangan menyombong tapi rendahkan diri mohon pertolongan lagi dan lagi dari pelanggan kita untuk memberikan kepada kita sebanyak yang boleh referral yang ada di tangan mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan