Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 11 Mac 2015

BILA KEMEWAHAN YANG DI MAHUKAN


Nak kaya cepat, nak hidup senang dan mewah adakah ini pilihan mutlak kehidupan kita? Berhati-hatilah dalam memenuhi hawa nafsu kita. Bak kata pepatah biar sedikit lama-lama menjadi bukit mungkin boleh dijadikan sebagai satu pegangan dalam kehidupan. Jangan mudah terpedaya dan terpengaruh. Semuanya bergantung pada kerajinan kita melakukan usaha. Usaha segala-galanya. Baik nawaitu dan niat kita akan jadi baiklah hasilnya. Begitu jugalah niat yang tidak elok sudah pasti hasilnya tidak elok juga. Maka berhati-hatilah agar usaha kita bukan yang meranapkan impian kita mengejar kemewahan dan kesenangan hidup.

Berfikir dahulu fikirkan baik buruknya pada kita. Kita hidup bukan nak mati esok. Buat tindakan sewajar dan sepatutnya agar segala tindakan kita diberkati dan dirahmati Allah dan bukannya menyusahkan orang lain. Mungkin artikel di bawah ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran yang berguna buat kita.

Padah mahu hidup dalam kemewahan
Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2015

Rohana menceritakan masalah dihadapi kepada wartawan.

KULIM - Akibat perbuatan suami yang mahu hidup mewah, seorang ibu dua anak di sini, hidup dalam ketakutan selepas suaminya gagal melunaskan hutang ah long.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rohana berkata, dia takut untuk keluar rumah kerana sering diganggu ah long.

“Suami saya pinjam dengan ah long dengan alasan mahu kembangkan perniagaan ikannya di pasar, namun setelah mendapat wang itu, suami tidak gunakan untuk perniagaan sebaliknya membeli kenderaan mahal yang memerlukan bayaran balik setiap bulan dengan harga yang tinggi.

"Pada mulanya saya tak setuju, namun dengan pujuk rayu dan alasan yang diberikan suami bahawa kenderaan itu penting untuk mengembangkan perniagaan, akhirnya saya akur,” katanya.

Katanya, hasil pendapatan menjual ikan yang tidak seberapa terpaksa digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta dan ah long sehingga menyebabkan modal untuk membeli barang perniagaan tidak mencukupi.

“Disebabkan tiada modal, perniagaan ikan ini tidak mampu lagi diteruskan.

“Kini saya dan suami terpaksa bersembunyi di kawasan pedalaman kerana tiada duit untuk bayar ah long dan saya minta jasa baik rakan bantu saya lunaskan hutang ah long,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan