Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 13 Mac 2015

PATUTLAH TERLAJAK LARIS....


Glamer sungguh terlajak laris sekarang ini. Impaknya sungguh kuat dalam pasaran. Majoriti rakyat Malaysia begitu mengenali produk kecantikan D’Herbs hanya kerana pengasasnya yang begitu kerap keluar TV perkenalkan produknya. Peminat begitu ramai mencari produknya. Dari seorang yang tidak di kenali kini amat dikenali ramai. Menjual dirinya terlebih dahulu sebelum boleh menjual produk yang dihasilkan. Itulah kehebatan Datuk Aliff Syukri. Menjual dari mula hinggalah sekarang dilakukannya sendiri walaupun telah bergelar jutawan sekalipun.

Dari artikel yang di peroleh di Berita Harian bertarikh 12hb Mac 2015 yang disertakan sama dapatlah disimpulkan bahawa kejayaan beliau ini adalah kerana

1.    Tidak merasa malu dengan apa yang dilakukan. Asalkan yakin untuk dilakukan sudah pasti akan dilakukannya jua.

2.   Belajar dari kegagalan yang ditanggung sendiri untuk diperbaiki semula mencari formula baru untuk dipakai balik mencari titik kejayaan yang dimahukan.

3.   Kelulusan tinggi bukan tiket rasmi mencapai kejayaan. Walaupun hanya berbekalkan kelulusan SPM dan bersekolah pondok sahaja namun kejayaan masih boleh diraih juga mencapai kejayaan dan kemewahan.

4.   Bermodalkan hanya RM450 sahaja namun kini mampu memiliki bangunan bernilai 24 juta di tengah Kota Damansara.

5.   Dari tapak pasar tani berniaga dan menjual secara bersendiri, berhujan panas melakukannya sehingga kini mempunyai 100 orang kakitangan, 30 cawangan dan 20,000 orang ejen di seluruh Malaysia. Satu angka yang begitu hebat bagi seorang anak muda melakukan perniagaannya.

6.   Tidak mengenal putus asa dan sanggup mengambil risiko demi melariskan jualannya.

7.   Kreatif dalam perniagaan dan jualan sehingga sanggup bertukar karakter bagi menarik minat orang ramai kepada produk yang dipasarkan.

8.   Bernikah awal kerana yakin setelah berkeluarga semakin banyak rezeki dilimpah ruas kan oleh Allah SWT. Sokongan pasangan dan anak amat penting dalam memastikan apa yang dilakukan mendapat kejayaan.

9.   Jangan difikirkan apa orang lain kata tapi fikirkan apa yang perlu dilakukan dalam memajukan lagi perniagaan.

10.        Harga memainkan peranan penting bagi memastikan produk yang dipasarkan sentiasa mendapat sambutan.

Sesuatu yang boleh diambil iktibar dan pengajaran yang berguna buat kita. Masih muda namun berupaya mencipta kejayaan dalam tempoh 6 tahun berniaga. Tak perlu pandang jauh-jauh sehingga ke negara luar memandang kehebatan orang lain. Di negara kita pun masih wujud dan ada lagi orang yang mampu mencapai kejayaan walaupun tiada kelulusan tinggi. Fikir-fikirkanlah mungkin satu hari nanti kita juga berkeupayaan sama asalkan ada kemahuan dan usaha yang berterusan kita lakukan  tambahan pula memohon ke hadrat Allah segala bantuan dan pertolongan dari Nya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan