Sentiasa tahu apa yang nak dimaklumkan dalam menjual.
Semuanya adalah benar dan sebenar-benarnya mengikut fakta, logik akal dan
berteraskan apa kehebatan produk yang dijualkan. Jangan sama sekali menjadikan
satu tabiat bila menjual ikut suka hati kita memaklumkan dan memberitahukan
yang bukan-bukan terpesong perkara yang tiada diada-adakan sama sekali. Demi
mengaut keuntungan tinggi semuanya menjadi auta semata-mata asalkan boleh laris
dan mempengaruhi kotak pemikiran mereka yang membeli dan mahukan produk yang
ditawarkan.
Sekali kita bercakap benar sudah semestinya sampai
bila-bila orang akan mempercayainya. Mereka sudah pasti memegang apa yang kita
perkatakan sebagai bukti keyakinan dan janji kita kepada mereka. Namun kalau
kita asyik auta sahaja sudah pasti kredibiliti dan kemampuan kita bila telah
diketahui tembelang sampai kita mati orang tidak akan percaya pada kita.
Alangkah bahayanya dan alangkah malangnya diri kita jika
berlaku sebegini. Apa nak jadi dengan karier dan periuk nasi kita. Hebahan
mulut tentang keburukan kita sudah pasti tersebar luas. Macam mana nak menjual?
Adakah ini yang kita mahukan? Nama tercalar, complaint yang banyak
bertimbun-timbun diterima termasuk mungkin ada yang marah-marah memaki hamun
pula.
Ambillah tindakan selamat. Berhati-hati dalam melakukan
jualan memberikan penerangan kepada mereka. Menjual bukan sekadar sehari dua
sahaja untuk dilakukan. Kesannya seumur hidup. Baik dan ikhlas bertanggungjawab
sepenuhnya kita lakukan sudah pasti membuahkan hasil yang lumayan kepada kita.
Berfikirlah secara positif fikirkan kesannya untuk jangka masa yang panjang sama
ada fakta atau auta yang perlu untuk kita lakukan. Tepuk dada tanyalah iman mana
satu pilihan sebenar kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan