Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 16 Mac 2015

TELUS DAN JUJUR PERLU ADA


Sebuah kisah yang boleh kita jadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran betapa pentingnya kejujuran dan ketelusan dalam perniagaan dari mengutamakan keuntungan yang maksimum boleh diperoleh.

Alangkah baiknya jika perkara sebegini mampu kita lakukan seperti mana yang diceritakan oleh Imam Al-Ghazali. Yunus bin Ubaid menjual di kedainya pakaian yang berbeza harganya. Ada yang berharga 400 dirham dan ada yang berharga cuma 200 dirham. Pada suatu hari ketika pergi menunaikan sembahyang, kedai beliau diganti oleh anak saudaranya. Maka datanglah seorang Arab dusun dan dia meminta pakaian yang berharga 400 dirham, lalu diberikan pakaian yang berharga 200 dirham.

Pembeli bersetuju dan senang hati, lalu dibayarnya sebanyak 400 dirham. Kemudian itu, dia berjalan dan pakaian itu dipegangnya. Kemudian secara kebetulan dia bertemu Yunus yang tahu bahawa yang di pegangnya orang itu adalah pakaian yang ada di kedainya.

Dia bertanya kepada orang itu ‘Berapa harga barang ini?’ Jawabnya ‘400 dirham’. Yunus berkata ‘Untuk makluman tuan harganya tidak lebih dari 200 dirham, dan mari kita kembali supaya wang tuan dikembalikan sebahagiannya’.

Kata pembeli ‘Harganya di tempat kami 500 dirham dan saya sudah merasa senang’. Yunus berkata ‘Mari kembali bersama saya, kerana kejujuran menurut agama adalah lebih berharga dari dunia dan se isi nya.’ Sampai di kedai, dikembalikannya sebanyak 200 dirham. Yunus lantas memarahi anak saudaranya kerana menjual lebih dari harga.

Memang menurut kebiasaannya saudagar mengharapkan keuntungan yang lebih besar sehingga kadang-kadang melanggar kejujuran dan meningkat kepada sifat tamak haloba. Tetapi kalau iman masih bercahaya dalam hatinya, tiadalah dia akan sampai berbuat demikian.

(Sumber : Kitab Iman dan Kehidupan karangan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi ms 216)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan