Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 18 Mac 2015

TINDAKAN HADAPI SETIAP HALANGAN


Apa yang nak diperkatakan lagi, nasi sudah menjadi bubur. Semuanya telah berlaku dan terjadi sama ada kita sedari ataupun tidak. Nak menyesal tiada berguna lagi. Kena hadapi dengan tabah dan sabar. Itulah perkara yang mungkin sukar untuk kita lalui. Penyesalan atas perkara yang sudah berlaku memang menyakitkan dan membuatkan hati menjadi resah, bimbang dan kecewa teramat sangat untuk menghadapinya. Mungkin memberi kesan kepada tugasan kita dalam menjual apatah lagi nak tidur malam sehingga sukar untuk lena seperti kebiasaannya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Mahu tidak mahu hadapi dengan berlapang dada hati yang terbuka. Senang lah cakap tapi itulah hakikat yang perlu kita lakukan. Selagi kita melayan kekecewaan dan putus asa atas penyesalan yang dilakukan selagi itulah sampai bila-bila masalah yang dihadapi tidak akan selesai dan diselesaikan. Ambillah tindakan dan lakukanlah perkara-perkara berikut untuk memudahkan lagi buat kita menyelesaikannya dengan cara

1.    Terlajak perahu boleh di undur lagi tapi terlajak perbuatan nak undur macam mana? Dah berlaku. Akui sahaja apa juga kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Mohon kemaafan agar kesalahan dan kesilapan tersebut dapat diterima oleh mereka. Memang memedihkan dan mengecewakan tapi kerana perbuatan kita kena akui yang kita kena perbetulkan semula walau dengan apa cara sekalipun.

2.   Menjadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran agar tidak melakukan lagi di masa hadapan. Menyesal sudah menyesal dah berubah pula kepada yang diinginkan bukan diturutkan lagi segala kesalahan dan kesilapan kita. Selagi tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran selagi itulah penyesalan kita tetap menjadi penyesalan seumur hidup kita.

3.   Berani berubah walaupun agak menyeksa dan menyukarkan tindakan kita. Nak tutup malu lagi, aib kita diperkatakan dan pandang serong orang jelas mengganggu. Inilah yang perlu kita hadapi walaupun pahit untuk ditelan.

4.   Berusaha secara bersungguh agar penyesalan yang kita lalui ini tidak akan berlaku berulang lagi sampai bila-bila sekalipun. Apa yang dah berlaku sudahlah buat kali pertama dan terakhir pada kita. Berusaha keluar perbetulkan dan hadapi dengan segala ketabahan dan kesabaran. Setiap yang sukar kita lalui nanti akan Allah balas dengan kesenangan tanpa kita ketahui dan sedari.

Inilah sikap yang perlu ada pada kita bagi mengatasi penyesalan atas apa yang telah kita lakukan. Bukan semua yang kita lakukan adalah boleh mengikut apa yang manis-manis dan yang sedap-sedap sahaja untuk kita lalui dan lakukan. Kita hanya manusia biasa pasti ada cacat dan celanya untuk kita perbaiki sentiasa. Berserah diri hanya pada Allah, minta dan pohon pada Allah agar Allah sentiasa per mudahkan apa yang kita lakukan dan lalui selama ini. Biarlah jika ada penyesalan atas apa yang kita lakukan berlaku sekali dalam seumur hidup kita dan atasi penyesalan tersebut dengan sebaik yang mungkin tidak sama sekali terikut-ikut dengan penyesalan tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan