Memberikan perkhidmatan yang terbaik bukan
setakat kepuasan yang kita berikan tetapi juga mereka . sememangnya berpuas
hati dengan apa yang telah kita berikan. Bukan setakat produk yang kita berikan
tetapi turut sama menjaga hati dan perasaan mereka. Itulah yang perlu kita
lakukan. Berikan yang terbaik asalkan mereka cukup berpuas hati dengan apa yang
mereka mahukan itu di kira amat memadai.
Sampaikan dan berikan layanan yang terbaik
berkelas pertama. Walaupun siapa pun juga yang menjadi pelanggan kita tidak
mengira pangkat, jawatan, taraf hidup dan kedudukan kewangan semuanya kena adil
dan saksama. Layanan kena serupa bukan untuk dibeza-bezakan. Itulah yang perlu
kita lakukan bagi memastikan agar mereka cukup berpuas hati dengan mereka.
Keduanya pastikan apa yang kita berikan
persempadanan dengan apa yang kita perkatakan. Elakkan menipu dan berbohong. Tunaikan
apa yang telah kita janjikan. Manusia berpegang dengan janji bukan suka-suka
berkata untuk berjanji tanpa perlu ditunaikan. Pastikan kita ingat jangan sama
sekali kita lupai akan setiap apa yang kita janjikan. Elakkan sama sekali
terlupa. Tindakan terbaik buat catatan dalam buka diari kita akan segala janji
yang telah diberikan agar tidak dilupakan atau terlepas pandang sama sekali.
Ketiga, jaga maruah dan aib orang lain agar
tidak sama sekali kita hebohkan dan war-war kan pada orang lain pula. Kita
tutup dan menjaga aib dan kekurangan orang lain sudah pasti Allah akan turut
sama menjaga aib dan kelemahan kita pula. Jangan rasa seronok nak cerita pada
orang lain tentang aib orang kerana kesannya akan kembali semula kepada kita
pula.
Berikan yang terbaik. Kepentingan diri
diketepikan dahulu. Biar orang lain merasa puas dengan tahap perkhidmatan yang
kita berikan terlebih dahulu. Sememangnya satu kepuasan untuk diri kita sendiri
kalau ini dapat kita amalkan dan lakukan sentiasa. Ganjaran Allah sudah pasti kita peroleh hanya kerana kita sentiasa
memberikan kepuasan dan keseronokan kepada orang lain juga. Fikirkan mereka terlebih
dahulu kerana ini adalah sebahagian daripada tugasan kita dalam melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan