Tiada siapa pun yang mahukan kegagalan menjadi satu igauan yang buruk dalam
kehidupan. Kalau ditanya sekalipun sudah pasti dan tentu mahukan kejayaan untuk
diraih dan dinikmati. Hanya yang indah dengan pengakhiran yang disukai sahaja
menjadi idaman setiap orang. Kita melakukan tugasan bukannya seperti membaling
buah dadu mengharapkan nombor yang tertentu sahaja yang keluar sebagai penentu
nasib dan takdir kita. Semuanya mengharapkan usaha kita yang bersungguh dan
berterusan bagi memastikan apa yang kita mahukan dan idamkan menjadi satu
realiti.
Inilah yang perlu dilakukan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan
bagi memastikan kejayaan yang dimahukan dan diidamkan boleh diperoleh. Bukan omongan
kosong tapi satu tindakan yang pasti yang boleh membuahkan harapan satu realiti
yang pasti. Perkara yang dinyatakan ini adalah
1. Pastikan kita
sentiasa berilmu dan berpengetahuan dalam melakukan bidang tugasan yang
dilakukan. Nak berjaya kena pastikan tahu dan mampu lakukan selari dengan
pengetahuan dan ilmu yang ada di dada. Bukan boleh main rempuh begitu sahaja
membabi buta melakukan ikut suka kita sahaja. Semuanya bergantung kepada apa
yang kita tahu. Belajarlah dan jangan sama sekali mudah mendabik dada merasakan
kita telah tahu akan segala-galanya dengan begitu mudah sama sekali.
2. Apa juga yang
mendatang dan diharungi sentiasalah berlapang dada terbuka fikiran untuk
menempuhnya. Tiada jalan mudah untuk mengacapi kejayaan. Semuanya perlu dilalui.
Baik rintangan, cabaran, masalah dan dugaan tempuhi dengan ketabahan dan
kesabaran yang ada. Kita redha sudah pasti Allah akan membantu kita sama ada
kita sedar ataupun tidak.
3. Lakukan
amalan-amalan yang boleh mendatangkan kejayaan. Bersangka baik dan pelajari
dari pengalaman orang yang sudah berjaya dan apa juga yang kita sendiri. Buat
mana-mana kaedah dan cara yang boleh mendatangkan kejayaan dan tidak sama
sekali melakukannya yang boleh membawa ke arah kegagalan.
4. Jaga perangai
jaga akhlak. Jangan main belasah sahaja apa yang kita berkenan untuk lakukan
dari memikirkan orang lain berkenan tentang kita. Dalaman dan luaran kena jaga
sebaik mungkin. Walaupun kita manusia bukanlah seorang yang sempurna sifatnya
tapi tidak mustahil untuk kita menjaganya dengan sebaik yang mungkin. Akhlak
yang baik melambangkan keperibadian seseorang.
Jagalah sebaik mungkin tentang diri kita. Apa yang Agama mahukan dipegang
dan digenggam seerat-eratnya. Jangan dibiarkan dan dilepaskan begitu sahaja.
Hidup kena ada peraturan kalau nak berjaya. Pergi sekolah pun kena ikut
peraturan inikan pula kalau nak menjual. Semua perlu dipatuhi dan diikuti
dengan sebaik yang mungkin. Berdisiplin merupakan tunjang untuk berjaya bukan
sahaja dalam karier tetapi juga dalam membina sahsiah diri. Lakukan yang
terbaik agar yang terbaik juga dibalas sama kepada kita. Semoga berjaya bukan
setakat di dunia tetapi di akhirat sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan